Bayangkan kalau FC Barcelona mendapat tajaan Proton, Lionel Messi mungkin akan bergambar dengan Perdana baharu kan? Tapi buat masa ini ia hanyalah angan-angan Mat Jenin kerana kelab bolasepak terkemuka dari Catalan tersebut masih setia bersama Audi. Baru baru ini pemain dan jurulatih dari skuad tersebut menerima kenderaan peribadi baharu masing masing yang bakal digunakan selama setahun.
Kebanyakan pemain memilih SUV terbaharu Audi Q7, antaranya termasuklah Lionel Messi, Luiz Suarez, Andres Iniesta, Gerard Pique dan Rafael Alcantara. Tapi Neymar Jr. seleranya lain sedikit dengan memilih Audi RS7 Performance, manakala jurulatih mereka memilih Audi RS Q3.
Mereka turut berpeluang untuk melenjan model SUV terbaharu Audi Q2, di tapak latihan sementara yang direka khas di stadium keramat mereka, Camp Nou. SUV terbaharu ini ditawarkan dengan pilihan enam enjin, tiga enjin petrol dengan kapasiti 1.0-liter tiga-silinder, 1.4-liter dan 2.0-liter serta tiga enjin diesel berkapasiti 1.6-liter dan 2.0-liter dengan output yang berbeza.
KLIK UNTUK BESARKAN
Untungla.. Gaji sudah besar.. Kereta pun diberi percuma oleh penaja..