ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemasikini sistem ECU pada Brek Parkir Elektronik – 1,900 unit Toyota Alphard dan Vellfire (tahun keluarkan antara April 2016 – Feb 2018) dipanggil balik

Views

Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) untuk mengemaskini sistem Unit Kawalan Elektronik (ECU) pada Brek Parkir Elektronik (EPB) pada unit-unit tertentu Toyota Alphard dan Vellfire. Sebanyak 1,900 unit daripada kedua-dua model yang dikeluarkan antara April 2016 hingga Feb 2018 dan diedarkan oleh UMWT terlibat dalam kempen ini.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengaturcaraan ECU yang tidak sesuai untuk sistem brek parkir elektrik. Terdapat kemungkinan pengurangan voltan semasa enjin dihidupkan semula selepas berhenti melahu boleh dinilai sebagai tidak normal jika bateri mengalami degradasi. Sekiranya ini berlaku, lampu amaran akan menyala dan sistem EPB tidak dapat beroperasi.

UMWT akan memberitahu semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi untuk mengemas kini pengaturcaraan ECU tanpa caj kepada pelanggan. Kerja pengaturcaraan tersebut mungkin mengambil masa satu jam. Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta terjejas boleh menghubungi mana-mana pusat servis Toyota yang diberi kuasa atau menghubungi Talian Percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik Toyota juga boleh melawat laman web Kempen Servis Khas Toyota menerusi pautan ini: toyota.com.my untuk membuat semakan sama ada kenderaan mereka terlibat, melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) Checker. Bagi mereka yang telah memuat naik aplikasi Toyota Drive, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker. Maklumat penting lain mengenai SSC juga tersedia di laman web tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply