ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC lancar peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food yang menyerlahkan keupayaan Ford Ranger

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini telah melancarkan peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’. Permainan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keterlibatan dan menawarkan pengalaman digital yang lebih interaktif kepada pelanggan.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’ dihasil berasaskan kepada minat rakyat Malaysia terhadap makanan, terutama di kalangan pemilik Ford Ranger yang terkenal sebagai penggemar makanan dan pemain gaming tegar. Permainan ini juga menawarkan cara yang interaktif dan mengujakan serta menampilkan pelbagai ciri serta keupayaan Ranger baharu yang sememangnya lebih pintar, lasak dan efisien

Peraduan serta permainan video dalam talian ‘Ford for Food’ terbuka untuk orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas dan akan berlangsung sehingga hujung tahun. Tiga hadiah dalam bentuk barangan eksklusif SDAC-Ford akan ditawarkan pada setiap minggu. Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook Ford Malaysia www.facebook.com/FordMalaysia.

Menampilkan Ford Ranger Wildtrak – permainan ‘Ford for Food’ membawa peserta melalui laluan yang dipilih di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia, bermula dengan Melaka serta menyatakan hidangan istimewa di setiap negeri tersebut. Para pemain akan melalui tiga peringkat dan di setiap peringkat ia akan menampilkan kondisi pemanduan berbeza – lebuh raya, off-road dan jalan bandar yang sibuk.

Di setiap peringkat, pemain ditugaskan untuk mengangkut sebanyak mungkin makanan untuk mendapatkan mata. Sepanjang permainan ini, pemain juga boleh mengaktifkan ciri-ciri utama Ranger ketika mengutip makanan untuk mendapatkan mata bonus tambahan. Tiga pemain terbaik dengan skor paling tinggi dalam masa terpantas secara terkumpul pada setiap minggu akan dipilih sebagai pemenang.

Peserta boleh bermain ‘Ford for Food’ sebanyak mungkin dalam masa seminggu untuk mencatat keputusan terbaik mereka. Keputusan permainan akan dipaparkan di paparan utama dan ditukar pada setiap minggu. Untuk bermain permainan ini, layari peraduan di laman web www.sdacford.com.my dan log masuk menerusi akaun Facebook peribadi masing-masing. Permainan ini adalah mesra peranti mudah alih seperti telefon pintar dan gajet-gajet lain, selain PC dan komputer riba.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply