ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen Servis Khas untuk penukaran inflator beg udara penumpang Toyota Vios, Corolla Altis, Alphard dan Yaris

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengikut jejak langkah syarikat induknya Toyota Motor Corporation (TMC) dengan mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) untuk menggantikan modul inflator beg udara penumpang beberapa model akibat krisis beg udara Takata. Kempen ini adalah lanjutan daripada kempen sebelumnya dan antara model yang terlibat adalah Vios, Corolla Altis, Yaris dan Alphard yang dikeluarkan antara Oktober 2007 hingga Disember 2011 dan diedarkan oleh UMWT.

Namun, bagi unit yang diimport oleh pihak luar dan dijual di Malaysia yang turut terkesan tidak termasuk dalam senarai. Hampir 80,000 unit kenderaan akan terlibat dalam Kempen Servis Khas (SSC) ini. Ia berpunca dari inflator beg udara yang terdedah kepada degradasi bahan dorongan (propellant degradation) disebabkan oleh kelembapan, suhu tinggi dan kitaran tekanan tinggi dalam jangka masa lama.

2008-toyota-yaris-mpg_6

Inflator tersebut mengandungi bahan ammonium nitrate yang boleh menyebabkan modul berkenaan pecah. Sekiranya keadaan seperti itu berlaku, serpihan logam akan menembusi bahagian beg udara semasa ia mengembung dan menusuk ke dalam kabin. Akibatnya mampu mendatangkan kecederaan serius atau kematian.

Toyota Motor Corporation (TMC) sedang berusaha mendapatkan alat ganti tersebut dan sebaik sahaja memperolehinya, UMWT akan memberi makluman kepada pemilik supaya mereka segera menghantar kenderaan ke pusat servis bertauliah Toyota. Proses ini akan mengambil masa antara satu hingga tiga jam dan segala kos akan ditanggung oleh UMWT.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan yang terlibat boleh segera menghubungi pusat servis bertauliah Toyota atau Talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682). Untuk Kempen Servis Khas (SSC) pula, UMWT kini sedang mengemaskini pangkalan data VIN dan pemilik kenderaan Toyota di Malaysia boleh melayari laman sesawang https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns untuk menyemak VIN kenderaan mereka.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Orang mlysia ape kisah…janji bukan proton.dlm mindset kalau proton seboleh2nya kecohkan seantero alam semesta.kalau kete luar serius defect pun xpe.diam2kanje la.nasib baik xde dlm tv3.kalau msk tv ramai org tau.setakat viral psl kereta sape nak ambik tau sgt.contohnye alza yg tercabut gandar dan tayar.axia yg tetiba blackout sampai tetibaje stering x berfungsi.honda nissan dan toyota dgn mslh airbag org….

Leave a Reply