Laman YouTube rasmi syarikat penerbitan dari Sweden, Teknikens Värld telah memuat naik video sesi ujian ‘moose’ yang dijalankan oleh mereka baru baru ini. Beberapa trak pikap telah diuji termasuklah Toyota Hilux generasi baharu yang merupakan satu-satunya trak pikap yang dikatakan gagal melepasi ujian tersebut.
Ini merupakan kali kedua trak pikap tersebut gagal dalam ujian yang sama, setelah ujian kali pertama dibuat pada tahun 2007. Dengan kelajuan hanya mencecah 37 mph, Hilux nampak sukar untuk dikawal dan hampir hilang imbangan. Trak pikap lain yang diuji masih boleh dikawal dengan baik walaupun dalam kelajuan yang lebih tinggi berbanding Hilux.
Menurut sumber terdekat yang memberitahu kepada kami sebentar tadi, pihak Toyota Motor Corporation (TMC) sedang berunding dengan syarikat penerbitan terbabit untuk mendapatkan butiran lengkap mengenai ujian tersebut. Keselamatan pelanggan merupakan keutamaan pihak Toyota dan pihaknya memandang serius keputusan ujian yang telah dilakukan oleh Teknikens Värld. TMC kini sedang bekerjasama dengan mereka untuk membuat siasatan terperinci.
Selepas 9 tahun masih gagal ujian ‘moose’.. Walaupun begitu Hilux masih mendapat sambutan yang hangat dan jualan yang memberangsangkan.. Toyota
Itulah sebabnye merc memilih platform Dari Nissan navara untuk pikap pertamanya X-class. Bukan platform Dari Toyota hilux.
kalau kat Malaysia depa peduli apa semua ni, asalkan enjin tak pakai timing belt. kahkahkah
Ala.nanti kluarla review bagus2 psl hilux nie nak tutup cerita n replace ranking search google..taktik conglomerate
Kalau diperatikan setiap hari org yg drive pickup ni rata2 bwk laju…ape diaorg kisah.janji toyota ?
Pickup pilihan daesh…