Misi ASEAN diteruskan pada tahun ini untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan yang dijual di rantau ini. Fasa ketiganya kini sedang berlangsung dan bakal berakhir pada bulan Mac. Ujian tersebut melibatkan beberapa jenis kenderaan termasuklah pikap, kereta pemanduan sebelah kiri dan kereta buatan India, China dan Perancis.
Kali ini ujian turut dilakukan di JARI, Jepun bersama Australasian NCAP dan Korea (ujian pertama kali di KATRI dengan kerjasama Korea NCAP. 11 model dengan 2 model dalam kategori paling bawah dan premium telah diuji dengan jangkaan 13 keputusan bakal dikeluarkan pada akhir Fasa ketiga.
Selain itu, Sekritariat ASEAN NCAP ingin memohon maaf kerana tidak akan membuat pengumuman rasmi semasa Hari Terbuka dan keputusan ujian Fasa ketiga yang akan berlangsung di Bangkok pada Mac 2014. Keputusan akhir akan dibuat pada pertengahan Februari selepas penilaian akhir dibuat oleh Sekritariat ASEAN NCAP dan rakan mereka di Thailand.
Setiausaha Agung ASEAN NCAP, En. Khairil Anwar Abu Kassim berkata acara tersebut akan kembali ke Malaysia untuk “Plan B” dan berkemungkinan akan ditangguhkan dalam satu atau dua bulan. Baru-baru ini Pengarah Teknikal NCAP Global, Mr. Alejandro Furas (Alex), yang juga merupakan CEO Latin NCAP (NCAP untuk Amerika Selatan) telah melawat Makmal Kemalangan MIROS PC3 di Melaka selama dua hari. Lawatan tersebut lebih kepada perbincangan teknikal termasuk “menjajarkan” tafsiran protokol ujian kemalangan serta merangka “Pelan Pasaran Baru” bagi 2017.
KOMEN TERKINI