ARKIB

KATEGORI

Buletin

TATA lancar model BOLT dan ZEST di India

Views

Tata-Zest-Bolt-26

Pengeluar kenderaan dari India, TATA yang juga merupakan pemilik jenama Jaguar dan Land Rover masih tidak berputus asa dengan kegagalan Nano dan baru-baru ini telah melancarkan 2 model terbarunya, BOLT hatchback dan ZEST sedan di Auto Expo 2014, Delhi, India. Menurut www.carscoops.com model ini telah dibangunkan menggunakan platform X1 TATA dan mempunyai ciri yang lebih premium berbanding model TATA sebelumnya.

Rekaan model ini adalah hasil usahasama TATA dengan tiga Studio Rekabentuk di Pune (India), Coventry (UK) dan Turin ( Itali). Kejuruteraan model ini dibangunkan untuk memasuki pasaran global bersama pasukan global di India, UK dan Korea yang telah meletakkan satu standard yang baru dalam segmennya.

Tata-Zest-Bolt-27

Bakal memasuki pasaran menjelang pertengahan tahun ini, Zest sedan dan Bolt hatchback akan dikuasakan oleh enjin petrol baharu, “Revotron” 1.2 liter turbo yang mampu menjana 84hp manakala versi sedannya turut ditawarkan dengan pilihan enjin diesel 1.3 liter “Multijet” dari Fiat.

Model ini akan menggunakan transmisi AMT yang dikenali dengan nama “F-tronic” untuk varian diesel dan memeliki ciri-ciri yang menarik seperti skrin sentuh bersaiz 5 inici, sistem navigasi dan stering kuasa Electronic Power Assisted System dengan fungsi ‘Active Return’.

* Menarik rekaan dalaman model ini yang nampak kemas dengan pemilihan warna plastik papan pemuka yang membuatkannya lebih mewah dan bergaya. Setuju tak? 🙂

 

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

VIDEO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

34 Comments


  • Belakang dia sekali macam Persona juga la, macam Ford Figo kat India juga. Indian designer ni banyak duduk melancong kat Malaysia agaknya. Kalau Perodua nak production Buddyz untuk sedan 2015, saya rasa bentuk/form Zest ni sesuai sangat la dengan Buddyz to. Nampak pelik pun ada. Notchback kan?


  • Advert mmg superb. 3d mcm kartun pon tp point die ade kt situ. Advert suprima s? Hurm boring. Ortodoks sgt. Dr dulu sampai la ni. Same je. No changes. Lgsatu design dashboard. Sgt2 bosan. Whynot bukak 1 centre design dkt europe plus cari ank tmpatan join utk improvekn dr segi design interior and exterior skali? Bg la pluang ank2 tmpatan utk kembangkan sikit idea.


  • klu bab interior design proton ni, ntah apa-apa la design dia.. mcm saga/savvy/neo/gen-2 sume design interior kereta2 tu hampeh.. mcm design kereta buatan china.. design la bg cntek skit..

    mcm neo tu, tak dinafikan design exterior mmg dh cun, tp klu msuk dalam teliti betul2 interior nya, mak haiih, bole tepuk dahi.. tempat bukak pintu dh mcm poket doraemon! hahaha

    wake up la proton, design interior tu bg la handsome2 skit.. peace yo!


      • Dah tu kenapa ramai jer penyokong buta Proton yang dok mengata kereta lain tak cantik la, tak hitu la, tak hini la……Penyudahnya penyokong buta ni sebiji macam penyokong si penipu nuwar braim.


          • yes ajark betul aku target kat ProtonGSC, lau wa nak target general wa tak komen bwh nama/reply org..


        • Bro, jgn cepat melatah boleh x?

          Point aku: cantik xcantik tu subjektif.

          Perkara subjektif susah utk dinilai. Penanda arasnya tidak jelas.

          Lg1, kalu ada org xsebulu ngn pendapat bro, amikla sikap relaks n chill.
          Jgn suka tuduh2 itu ini.
          Kita sama2 belajar, sama2 betul dan sama2 salah.

          Ok?

          Aku folo blog ni lama dah, sejak zaman wordpress lg.
          Aku ske content kt sini yg mengajar aku dunia automotif.


  • Kenapa proton tak boleh design dashboard saga mcm zest ni? walaupun plastic, kombinasi warna, design dia taklah Nampak buruk sangat. steering pun cantik.

    sorrylah kalau aku membandingkan dgn proton.


    • Huhu kat sini kita semua takleh komplen lebih-lebih (walaupun dengan niat nak Proton improve), kang tak pasal ada yang hangat ati.


    • saga tu biarlah berlalu, sbb chasis nye based on savvy, jd diorg ni bwk le design dash savvy ni ke saga dgn sedikit modifikasi, harap2 la next gen saga ni dash lawala, tu pon kena tgk la dash gsc ni macam mana( sbb mungkin dash sama ikut cth preve/suprima)… x leh komen lebih2, nnt ada org igt gua ni penjilat proton sbb komen gua kurang skit saje bash proton..hehehe


  • Tengok gaya interior n exterior tata mmg da beat proton one step foward..tp dr segi power n pemanduan dinamik n safety..rse proton advance lg..


  • Mmm… iklan menarik. Lebih baik drp iklan Suprima S yg x sepatutnya mcm iklan dolu2 tu:( Model nie bagi sy dlm katogeri biasa jer. Garisan2 rekaan luarannya pun biasa2 jer. Xde dramatik n agak bosan. Rupa depan bleh tahan dgn lampu epan yg besar. Dah jadi trend kot lampu besar utk model yg cilik:). Interior design, dashbord kemas n menarik. Blakang agak kontot (sedan). Lampu blakang style gen2. Saingan hyundai Xcent? Body x nampak kukuh n solid (dari rupa rekabentuk ler…). Berapa star ler ancap. Rupa blakang hatchback dh mcm design produk model dolu-dolu company China seperti Chery:)

    P/S: Means model Tata Nano gagal di pasaran, walaupun membawa reputasi murah? Mgkin rakyat india pun dah ada taste kot, ker mcm mana admin? 🙂

    Cheers!

Leave a Reply