ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan bakal mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)!

Views

automated-enforcement-system-aes-32-redflex1
* Gambar sekadar hiasan

Ini juga satu lagi berita hangat! Kerajaan bakal mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali sedia ada. Proses pengambilalihan itu akan dibuat menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Sebelum ini dua syarikat iaitu Redflex Traffic Systems Pty Ltd yang diwakili Beta Tegap Sdn Bhd dan ROBOT Visual Systems yang diwakili ATES Sdn Bhd dianugerahkan tender pembekal perkhidmatan AES.

Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi. Selain itu Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memutuskan bahawa AES akan diselaraskan dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Melalui penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang. Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan itu akan mengkaji dan meminda modul yang digunapakai sebelum ini iaitu melibatkan ‘perkongsian hasil’ agar pelaksanaan AES lebih telus dan adil kepada semua pihak.

Apa pendapat anda? 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Imho sapa pon yang ambil alih AES ni tak ada beza nya..nampak sangat yang untung sapa yang amik alih lah..rakyat tetap rugi sebab dengan cara gantung lesen ni boleh MEMAKSA rakyat bayar saman kalau tak tak boleh bawak kereta lansung..MEMANG SEMPOI lah..

    Sepatut nya pihak kerajaan kena kaji atau sepatut nya dah tahu average speed yang rakyat cruising atas highway..110km/h atas highway bukan termenung dah dalam kereta, terlena pon boleh bagi saya kalau drive dari shah alam nak balik perlis..negara lain punya AES klau tak salah ada masa AES operate bukan sepanjang masa..malaysia punya AES 24jam..huh..


  • the damage has been done… Dah engage the pihak ‘swasta’ awal2 lagi pastu mesti kene bayar pampasan. umpamanya TNB terikat dgn contract ‘mewah’ IPP. Pampasan konsesi tol. pampasan jambatan bengkok JB-SG….sepatutnya Kerajaan Malaysia ada polisi tetap untuk tidak menswastakan perkhidmatan asas and sokongan agensi kerajaan..especially saman yang boleh dimanipulate (through lobby kurangkan had laju dari masa ke masa, ataupun tetapkan had laju yg tidak munasabah)…nie la dah dapat power, semua ligat cari duit….


  • Sy xde masalah…sbb amat jrang sy bwak sampai 110km/j pun…kalo bleh tambah kat kwasan traffic light..kalo xnak bg duit kat gov jgn langgar had laju..bkan susah..abis story

Leave a Reply