ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pendapat umum mengenai Proton SUPRIMA S + Video pandu uji singkat. Jom kita tonton!!

Views

Suprima S test drive @ Proton Test Track

Ini dia video pendek pandu uji singkat Proton SUPRIMA S di litar Proton, Shah Alam daripada Shamsul Yunos, Editor, Funtasticko.net.

1175371_10151857568432318_989347367_n

Baru-baru ini Proton telah melancarkan model hatchback segmen C, SUPRIMA S bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur. Model yang ini walaupun pada zahirnya adalah hatchback Prevé, namun menurut DRB-HICOM dan Proton, SUPRIMA S adalah model baru sepenuhya.

Saya sempat bertanya pendapat daripada beberapa orang rakan mengenai SUPRIMA S. Jom kita baca apa kata mereka!

” Pengendalian yang lebih sporty daripada Prevé, walaupun ia sebenarnya lebih berat. Namun apa yang menrik ialah spesifikasi yang tinggi untuk sebuah kereta nasional. Walaubagaimanapun SUPRIMA S memerlukan lebih penghalusan. “ Hezeri Samsuri, Editor, TopGear Malaysia.

” Tidak dinafikan Proton berusaha keras untuk menghasilkan kereta bertaraf dunia, tetapi amatlah sukar untuk memuaskan semua pihak. Untuk segelintir pihak yang tidak dapat menilai akan mengatakan harganya mahal dan tidak bagus. Ada pula yang berpuas hati dengan harga dan ciri-cirinya. Apa pun kayu pengukurnya adalah jumlah yang berjaya dijual. Teruskan usaha Proton! “ Arish Qutb Ahmad Khan, Penulis Senior, Funtasticko.net.

” Proton Suprima sebuah model yang agak baik dari semua aspek, namun harganya agak tinggi “ Jeya ‘Ganes Kisnan.

” Sistem suspensinya lebih sporty berbanding dengan Prevé. Enjin yang responsif serta kalibrasi transmisi CVT (VT3) yang cepat bertindak walaupun dalam mode ProTronic selain bunyi dalaman yang lebih senyap. Rekabentuknya juga menarik dan diharapkan Proton boleh memberi lebih gaya apabila model ini apabila memasuki fasa facelift nanti.” Lim Eu Bian.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

29 Comments


  • dari projek suprima ni proton dh letak beberapa model sekelas sebagai penanda aras iaitu ford focus peugeot 308,mazda3 dgn ford fiesta..dr segi pecutan,proton no3 9.6saat d belakang ford focus 8.3saat n peugeot 308 turbo 9.1saat.


  • pasal penggunaan myk pulak, 9.1liter utk 100km tu bacaan bagi kombinasi dlm bandar & highway.ni termasuk anggaran bacaan sewaktu jam,jln bandar yg byk trafiklight & jalan highway yg lurus.mcm kereta proton sblm ni,bacaan yg d beri ikut kelajuan tetap 90km/j.so bacaan tu lebih rendah.jgn compare bacaan tu dgn bacaan brochure suprima psl kaedah pengukuran yg berbeza.dan bacaan secara kombinasi lebih tepat @real pasal kita akn bwk krete tu kdg2 dlm bndr n highway.


  • Ramai yang tak perasan sebab pecutan dan FC Suprima berbeza dengan Preve adalah kemungkinan besar disebabkan oleh saiz rim Suprima 17″ manakala Preve 16″.


    • Atas kertas pecutan 0-100km/h mmng suprima lebih slow dari Preve’
      tapi haritu pg test drive rasanya suprima lagi responsive dari my cousin punya Preve CFE..
      rasanya passing acceleration suprima pun lagi baik dari Preve


  • Boleh sesiapa terangkan, apa logiknya diinstall android untuk suprima ni?
    kalau untuk exora, yes,sbb sesuai untuk perjalanan jauh@balik kampung, But untuk suprima yang diklasifikasikan lebih kearah sporty atau untuk daily use, saya tidak nampak logiknya. patut dijimatkan kos sikit dan dilebihkan kepada interior yang lebih menawan.


  • @ TheInsider
    Penggunaan Android pada aku takde masalah sgt sbb byk apps yg sgt membantu ketika memandu mcm Waze atau aGPS lain selain apps music entertainment lain. Cuma saiz yg diberikan agak lebih dr cukup. Kalau setakat nak display ketika mengundur, skrg pun cermin pandang belakang pun dh boleh display. Aku setuju kalau penekanan yg lebih diberikan pada interior bhagian lain terutamanaya `center console area` memandangkan kaw. tersebut nmpak terlalu kosong & agak boring tanpa detaling/form yg menarik lebih2 lagi dgn color yg cerah.


  • kalo nk dapatkan betul2 ride n handling lotus dia tu…kena bawak jln koner2 sket….salu lagi kena bawak laju kat hiway…baru terasa dia punya stabil tu macamna at hi speed…pikap agak slow sket aaa tapi sesah 200km/h confident je ni..stabil


  • so today i pushed it hard. especally in sharp corner.
    no rear snaps, tire sticks well now. line is well checked. different from the day 1 test when the tire is so fresh where u can feel some understeer.

    handling by lotus is well proven

    one thing i discover.
    gear rationing.
    if u are in manual mode gear ratio is on the high side, u can see the needle guickly to go 5000plus or to the redline.
    and comperison of using manual shift is 2500 the car speed at 110kmh at 7th gear
    while using normal D ther rpm will do 2200 at 110 kmh at final gear. so D has a wider ratio spread.

    so using manual mode is rev happy. (anyway its by your cammand). so driving long distant travel preferably put a D.(economical)

    i got a feeling that this car can outdo japanese 2litre.


    • Yes bro, it wil shifts at 5500rpm on manual mode but shift earlier on D mode.
      This is turbocharged engine, so acceleration at rolling start is better as compared to NA engine..


  • Bukan apa bro. Biar drb buat decision sendiri. Takder org protect underperforming n overprice vendor dah..lagipun lebih umur 63, ketepatan pemikiran dah kurang dah.bagila org muda dlm 40an buat decision plak..bukan disrespect dia, tapi kesian kat dia. Bagi can dia contribute mende lain yg kurang hanky panky especially business mcm ni


  • i think this S do qualify for further simple mod like R3 spring. with aftermarket black BBS CF 17x 7j inchers (taiwan of course).

    for further syiok.
    just telling ,,,


    • hahaha….refer pada statement DLI pada press masa launching nyer event last week, dia kata mmng dah ada perancangan la…
      so, tunggu jela R3 version dia


  • Pendapat saya area yang paling kurang menarik adalah dashboard berwarna seakan silver tu. Oleh kerana keys atau intruments kat dashboard tu tak berapa banyak spt kereta lain jadi menggunakan warna cerah akan menampakan lagi kekurangan itu. Jadi spt Conti yang lain dan juga kereta korea atau jepun …area dashboard mesti guna dak color walau dashboard dia tak berapa canggih pun. Bagi saya keseluruhan quality dan finishing byk improved. Apa pendapat kwn2 yang lain.


  • Salam Admin. Bila nak ada review kereta Suprima S ni? lama dah saya dan pembaca lain tunggu. cakap haritu akan dibuat dalam waktu terdekat, tapi dah lama sangat dah.


  • Blog sebelah review kata handling tak best, betul ke? Pelik gak kalau belambak international review lain kata handling proton best, huhu

Leave a Reply