ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan Malaysia bakal ganti Proton Perdana V6?

Views

2013-Honda-Accord-3[2]

* Gambar sekadar hiasan

Pastinya berita ini mungkin mengejutkan kita semua! Menurut laman web themalaysianinsider Kerajaan Malaysia bakal menggantikan Proton Perdana V6 dengan Honda Accord 2.4-liter sebagai kereta rasmi untuk kegunaan Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Majlis Eksekutif Negeri tidak lama lagi. Ini disebabkan Proton Perdana V6 yang digunakan sekarang sudah terlalu lama berkhidmat dan memerlukan kos penyelenggaraan yang agak tinggi.

Selain itu Kerajaan Negeri Pahang juga telah memilih untuk menggantikan Proton Perdana V6 dengan Volkwagen Passat 2.0-liter yang kini dipasang di Pekan. Sebelum ini beberapa buah negeri juga telah menggantikan Proton Perdana V6 seperti di Perak dan Selangor (Toyota Camry), Terengganu (Mercedes-Benz E200 Kompressor) dan Sabah (Volvo S80).

Belum ada lagi pengumuman rasmi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia mengenai perkara tersebut hingga kini. Timbul  juga ura-ura Proton sedang membangunkan model pengganti Perdana menggunakan platform Honda Accord namun statusnya masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah Honda Accord 2.4-liter ini yang bakal digunakan Proton sebagai model pengganti Perdana? Kita tunggu info seterusnya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • Proton patut dah lama bangunkan pengganti perdana…lama sangat dah model tu…

    Proton perlu cepat dalam hal ini…adakah dasar kerajaan guna kereta proton telah dihapuskan…


  • elok mcm tu pun. Biar DRB kerja keras sikit. Dari DSSZ dulu dah perdana nak tukar, tapi apa an daya, dssz tu bukan nyer pemilik proton. Ikut je bos surh aper.


  • kalau kerajaan memilih untuk tidak menggunakan perdana…proton berhak untuk tidak menaja sebarang program yang d rasakan menjadi beban kepada mereka…perlu ada give n take..itu je dalam industri ni..kita jarang dengar perodua taja itu dan ini…

    mungkin penajaan itu strategi pemasaran proton…pm guna exora…erm…ada kot masa merdeka dulu…tu pun sekali je…kan dia ada tweet dia rindu nak memandu sbb polis tak bagi dia memandu atas sbb keselamatan…dulu tun pun jadi pm gak…rilek je memandu sendiri..rasanya lebih tua dari najib…

    kalau dalam politik, tun lagi banyak musuh dari najib sehingga d gelar mahafiraun…politik2 ..haha…

    sekiranya benar kerajaan tidak lagi ingin menggunakan proton, tak apalah..bisnes tetap bisnes…lepas ni kalau ada iklan utamakan produk tempatan, jangan duk layan..kerajaan pun pakai produk luar..itu je…


  • @gie7..

    amboi, macam marah je bunyinya? apa tak cukup lagi ke kerajaan bagi pelbagai insentif kepada proton selama ni? rakyat msia pun ramai yang guna kereta tempatan. takkan lah nak paksa juga kerajaan guna kereta proton kalau proton sendiri tak mampu nak keluarkan model yang sesuai dgn penggunaan harian mereka?

    saya tahu proton dah cuba sedaya upaya nak keluarkan kereta utk pegawai tinggi kerajaan termasuk menteri2. dulu pun pernah nak rebadge nissan fuga, cuma dalam hal ni, kenalah realistik sikit. bukan kerajaan tak guna kereta proton langsung..cuma untuk menteri je..jabatan2 kerajaan, polis, askar masih lagi guna kereta proton.


  • marah sbb kadang2 proton je yang kena selama ni..perodua jarang2 je kena…tapi bila proton asik kena itu dan ini sampai masuk parlimen…seolah2 kalau yang salah tu proton je yang buat…marah sbb dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak bagus ni, kerajaan seolah2 hanya menyalak supaya kita menggunakan jenama tempatan tapi tidak kepada mereka…

    ini seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus…yang duk pertahan kerajaan n proton selama ni taulah betapa peritnya..ya proton perlu berubah dan mereka pun sedang berubah…yang kerajaan tolong bagi dana semasa zaman syed zainal sahaja..dan semasa penubuhan proton…sbb tu kerajaan kena tolong serba sedikit…

    ok.kalau benar kerajaan nak guna jenama lain terpulang kerana dasar automotif negara pun masih berlum d umum sampai sekarang.kata nak menjadi juara dan hub untuk kereta cekap tenaga tapi sampai bulan jun masih belum ada jalan penyelesaian …sedangkan thailand dan indonesia satu persatu tarik pelaburan kereta termasuklah pemasangan kereta cekap tenaga…

    yang pasal miti lembap ini pun aku dah email kat miti siap dengan nama penuh..tapi nampak sekarang …bulan 2 aku hantar email tu n sampai sekarang apa tindakan miti dan kerajaan secara umumnya…dah masuk benda lain dah aku ni…adus…..tolonglah…

    kerajaan nak pilih kereta luar pun terpulang…itu hak kerajaan..pada proton, jangan penat berusaha..,siapa tahu pengganti perdana yang baru akan diguna kerajaan negara yang luar sebagai kenderaan rasmi..siapa tahu…cayo cayo…


  • Kerajaan mmg sepatutnya sokong syarikat pembuat kereta nasional. Kalau kerajaan sendiri tak sokong, apa lagi rakyat biasa. Kerajaan la yg kena tunjuk bahawa dia bangga dengan produk tempatan. Even kerajaan pun bleh jadi tempat untuk dapatkan feedback. contohnya macam exora reev yg diberi kepada beberapa jabatan kerajaan untuk testing dulu.

    Bagi proton pulak, kena la cekap untuk penuhi permintaan ni… macamana kerajaan tak ambil kenderaan buatan luar kalau produk tempatan sendiri takde yang bleh pakai sedangkan aset yg ada mmg dah lama sangat nak kena ganti. proton patutnya wat 2 jenis kenderaan utk kegunaan kerajaan iaitu sedan exekutif dan luxury suv.
    Kalau bleh wat la police/jpj edition ke, baru bangga sket..

    Hal bisnes tu hal lain.. bisnes mmg bisnes yang proton memang kena wat pun walaupun dapat sokongan kerajaan atau tidak. ambil peluang untuk penuhi kehendak pengguna ni pun satu benda yg tak patut proton lepaskan. bukan wat hal sendiri jer ikut syok sendiri nak wat kereta mamcana…


  • Bagi saya takde isunya di sini kerana kerajaan sudah ada polisi bertulis berkaitan tentang dasar penggunaan kenderaan tempatan di jabatan2 kerajaan. Kecuali bagi kelas kenderaan yang tidak dikeluarkan oleh proton seperti SUV, lori, bas, Van dan lain2.

    Bagi saya kita tak perlu melatah sekiranya menteri kabinet mangambil keputusan untuk menggantikan perdana V6 yang sememangnya sudah usang. Mungkin kita hanya dapat melihat perkara ini dari sudut luaran sahaja, sedangkan hakikatnya kita tak tahu. contohnya kos pembaikan, senggaraan, keselamatan kenderaan dan lain2.

    manalah tahu, 3-4 tahun akan datang, proton sudah mampu keluarkan executive car mereka.

    p/s: ramai juga yg anti perodua di sini. seolah2 kelemahan proton disebabkan perodua. perumpamaan ada menyatakan, Jangan salahkan pentas, kalau diri tak pandai menari. perodua berjaya hasil polisi kerajaan dan konsep perniagaan mereka sendiri. begitu juga proton. akhirnya pengguna yang menentukan produk mana yang hendak dibeli. Jangan pula nanti mengata pengguna bodoh sebab membeli perodua berbanding proton.

    ikhlas dari bekas pengguna proton.


  • exprotonowner…bukan anti perodua..tapi kadang2 kita melihat perodua beri kereta dekat kita dengan harga yang tak munasabah..tukar itu dan ini ..tup2 kira varian baru..takde masalah nak namakan varian baru tapi d naikkan harga sehingga d rasakan tak munasabah..pandangan masing2..mungkin juga perodua tak belajar cara nak menyerap harga kereta..tak boleh salah perodua juga sbb model dia tak banyak jadi dia buat banyak varian,tukar itu dan ini n jual pada harga yang baru…semua pasal bisnes…tapi perodua pun cakap mensasarkan kos operasi berkurang kepada 30peratus..dasat juga tu strategi perodua…

    kalau itu membawa kesan kepada harga perodua, memang ok juga…akhirnya pengguna yang untung..polisi telah ada tapi kadang2 ada yang nampak tak nampak je..duit yang kuar duit kerajaan juga..pandailah…sayang ke tak sayang, kerajaan kena tengok juga perkara lain seperti kata exownerproton cakap…ada betulnya kat situ..

    mungkin sbb itulah kot..bersangka baik tak salah…


  • bro gie7, ada sahabat saya yang memang dah lama dalam bidang ni kata, perodua dah tetapkan syarat kepada vendor untuk kurangkan 30% kos kalau nak masuk tender, kalau tak boleh achieve memang perodua takkan pilih.. model s series tu permulaan langkah ke arah sasaran yang diorang tetapkan, dikatakan model pengganti viva tahun depan merupakan hasil yang sebenar dari pengurangan kos tu


  • Model pengganti viva…em…menarik…bagusla perodua buat mcm tu…proton n perodua dah tunjukkan jalan…mana pengedar kereta lain…tokpa kata smalam cukai kereta kat malaysia tak sampai 150 pratus pun…sbb bila da kandungan tempatan,cukan itu akan lebih banyak kurang…

    Isu kereta mahal bukan lagi sbb cukai kerajaan tapi keuntungan yang d perolehi pengedar kerta…pe pun,harap proton akan kuar lebih banyak model…smalma ada kuar berita kbs mahukan lebik banyak penajan…proton jadi mangsa lagi ke…wp tak mendapat liputan berbaloi…

Leave a Reply