ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta dan sistem suspensi

Views

654690_1173981_1500_844_08A487
* gambar sekadar hiasan

Artikel ini telah ditulis oleh Syammim Arifin

Sistem gantungan atau suspensi adalah salah satu cabang sistem casis yang penting. Fungsi utamanya adalah untuk mengasingkan kabin kereta dari permukaan jalan yang kasar dan tidak rata, yang seterusnya memberikan keselesaan kepada penumpang. Ia juga berfungsi untuk memberikan kebolehan pemandu untuk mengawal pergerakan kereta melalui sistem stereng, dan menjamin kestabilan ketika pemanduan.

Dalam proses kejuruteraan sesebuah kenderaan, sistem suspensi biasanya dibahagikan kepada suspensi depan dan belakang. Dari segi jenis, terdapat pelbagai rekabentuk suspensi walaupun ketika ini yang paling popular adalah sistem McPherson strut untuk suspensi depan dan torsion beam atau sistem multilink untuk suspensi belakang. Satu komponen penting suspensi depan juga adalah sistem steering, yang biasanya terdiri dari jenis rack & pinion dengan bantuan hidraulik, atau yang makin popular kini, sistem elektrik (EPS – electric power steering).

Jika dalam keadaan pegun (seperti yang biasa dilihat di ruang pameran kereta, atau juga di televisyen dan dada-dada akhbar), karakter kereta mungkin lebih didefinisi oleh gaya rekabentuk luaran (styling), namun apabila sesebuah kereta dipandu sistem gantungan lebih bertanggungjawab untuk memberikan karakter dinamik yang dirasai oleh seseorang pemandu. Jika styling kereta menawan hati bakal pembeli untuk pergi memandu uji, sistem gantungan akan menjadi salah satu faktor penentu samada kereta itu sedap dipandu dan seterusnya dimiliki.

Seperti banyak sistem-sistem lain dalam kenderaan, kerja-kerja pembangunan sistem suspensi adalah rumit dan banyak hubungkait dengan pelbagai aspek yang melibatkan kerja integrasi yang banyak. Ini termasuk jenis kereta (sedan, van, SUV, dsb.), ride & handling (R&H), packaging, strength & durability (dayatahan dan kadar tahan), jenis bahan (material), prestasi crash, prestasi brek dan kawalan stabiliti, pembuatan dan kebolehpasangan (manufacturability & installation), kebolehan servis, kebolehan kitar semula, strategi platfom (keseragaman komponen) dan semestinya kos dan tempoh pembangunan.

Dalam pelbagai faktor yang disebut, Ride & Handling (R&H) merupakan faktor yang paling utama untuk pembangunan suspensi. Ini kerana kestabilan kenderaan banyak bergantung kepada bagaimana sistem suspensi direka dan aspek R&H dibangunkan.

Seiring dengan kemajuan teknologi, mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan R&H memandangkan rata-rata kereta zaman sekarang amat stabil dan mempunyai asas rekaan yang baik. Namun kepada mereka yang ingat akan sesetengah model selewat tahun 80an, masih ada kereta yang tidak sesuai dipandu laju atau harus dipandu amat perlahan sewaktu mengambil selekoh kerana sistem suspensi yang tidak direka atau ditala secara baik.

Namun masih terdapat beza yang banyak antara kereta yang mempunyai talaan R&H yang baik, dan yang tidak. Walaupun rata-rata pemandu biasa mungkin kurang boleh membezakan secara terperinci ciri-ciri suspensi dan karektor dinamik kereta mereka, namun untuk yang lebih cenderung, kereta yang ada R&H yang baik biasanya akan diakui lebih ‘sedap’ dipandu. Kata-kata seperti ‘stabil di atas lebuhraya’ atau ‘mudah mengambil selekoh’, atau juga ‘selesa dan tak melambung-lambung di atas jalan tak rata’ acapkali menjadi sebutan.

Tak kurang juga yang mengambil langkah mengubahsuai kereta mereka dengan spring yang lebih keras, kedudukan kereta yang lebih rendah, tayar dan rim yang lebih besar, roda stereng yang lebih kecil dan sporty – yang rata-ratanya, selain dari faktor estetik, dipacu oleh kepercayaan bahawa modifikasi sebegini akan meningkatkan prestasi R&H dan pengendalian (walaupun tak semua modifikasi yang disebut sebenarnya baik untuk R&H!).

Ini menandakan bahawa bagi setiap pemandu yang cenderung akan prestasi kereta, R&H adalah faktor yang menjadi perkiraan penting terhadap karekter dinamik sesebuah kereta. Apa guna enjin yang beratus kuasa kuda, styling yang menarik dan alat aksesori yang pelbagai jika sesebuah kereta tidak ‘sedap’ dipandu?

Dari satu sudut, R&H adalah pembeza, antara kereta yang menjadi ‘alat’ mengangkut manusia dan benda dari poin A ke poin B, dan kereta yang umpama seorang ‘pasangan’ setia seorang pemandu (dan peminat) kereta. Dan intipati R&H sentiasa berkait rapat dengan sistem gantungan yang baik.

Untuk pengetahuan anda, Syammim Arifin kini berkhidmat dengan sebuah firma automotif, Benteler Engineering Services,  anak syarikat Benteler Automotive di China. Sebelum itu beliau telah berkhidmat dengan Proton dan beliau antara orang yang telah dipeertanggungjawabkan untuk menala suspensi Proton Prevé. Terima kasih bro atas perkongsian ilmu ini. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


    • offtopic>>

      jgn kn syammim, aku pn akan blah dr Mesia kalu Mesia xpandai jaga hati org Mesia.

      1. belajar universiti, fresh grad masuk kilang gaji rm3k.
      belajar xtinggi, masuk kilang gaji 1.5k.
      apa kes?

      2. belajar universiti, masuk market.
      experience bertahun2, tp dtg expat yg ntah betul x resume dia, terus kena keje bwh expat tu. expat pulak kaki belit, projek screwed up, org Mesia jugak yg cuci taik expat.

      aku harap gomen monitor benda2 cenggini.
      singapore dh start.

      http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/23/focus/12747874&sec=focus


  • good for him and talent rotation. maybe junior dier akan setting suspension GSC lagih bagus. or akan improvekan model segmen D yang JV ngan honda tuh. Tapi yang tak beraper paham. kenapa rotation nih jarang berlaku kat design. Maybe Azlan Othman tak benarkan orang lain ker. atau tak der talent lain yang layak. …


  • Sebagai pemilik sebuah kenderaan proton, aku akui R&H proton antara yg terbaik. Cuma walaupun sedap dipandu, kdgkala bunyi berkeriut yg keluar dari keretaku sedikit sebanyak menjejaskan emosi pemanduanku 🙁


    • Betul. Saya pun memandu proton. Bunyi kreok krek krek tu mmg ada sebelum ni. Tp lepas bawak g servis kat SC Serdang raya diorang dah fix kan masalah tu sampai sekarang xder bunyi.


    • xslh akulah, byk lead designer proton bertukar kerjaya. azlan othman head of design. Xslh, utk ride n handling nih, duk bwh unit hnt, bos besar dia tengku azizan. Rasanya, masih lg ngan prtn. Lama dh dia, dia bleh dikatakan master of dark art dlm ride n handling, tp agak low profile.


    • xslh akulah, byk lead designer proton bertukar kerjaya. azlan othman head of design. Xslh, utk ride n handling nih, duk bwh unit hnt, bos besar dia tengku azizan. Rasanya, masih lg ngan prtn. Lama dh dia, dia bleh dikatakan master of dark art dlm ride n handling, tp agak low profile…


  • Kekadang ubahsuai dibuat untuk meyesuaikan orang pada kereta. Kedudukan pemandu adalah kritikal. Posisi berbeza memberi feedback berbeza (bagi mereka yang peka dengan keseimbangan chassis). Ia juga mempengaruhi kebolehan pemandu mengawal dengan cepat.

    Sambil itu kekadang design tidak sama dengan apa pemandu itu perlukan. Amat berbeza bila orang membawa MPV sendirian banding dengan membawa satu keluarga termasuk cargo bantal dan cadar. Biasa juga orang kita pakai kereta dlm pelbagai fungsi. Kebanyakkan kereta sedan 4 pintu, 90% dari hayatnya membawa pemandu sahaja. Tapi kalau design suspension untuk 5 orang, maka sudah tentunya berbeza ketara.

Leave a Reply