ARKIB

KATEGORI

Buletin

CR-V SERBA BAHARU DILANCARKAN

Views

Pic 6

Generasi Keempat model CR-V Serba Baharu kini telah tiba di Malaysia! Setakat ini, ia telah menerima hampir 1,000 tempahan sebelum dilancarkan. CR-V generasi keempat ini adalah model CKD pertama dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun 2013. Acara ini juga menandakan ulang tahun ke-10 kejayaan pengeluaran tempatan untuk kenderaan-kenderaan Honda di Malaysia, di mana CR-V merupakan model CKD pertama yang dikeluarkan dari kilang di Melaka.

Model SUV global ini secara umumnya diterima dengan baik sejak pengenalan pertamanya kepada seluruh dunia pada tahun 1995. Hari ini, kenderaan yang bermula sebagai projek yang bercita-cita tinggi untuk menggabungkan elemen-elemen terbaik kereta sedan dan SUV, sememangnya telah mencatat pencapaian hebat, meraih kira-kira 130 anugerah di seluruh dunia dan mencatatkan jualan lebih 5 juta kenderaan di 160 negara.

Generasi keempat CR-V dibina dengan konsep “SUV Premium Pintar” dan diperkasa dengan enjin 2.0-L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan untuk keseimbangan padu prestasi dan penjimatan bahan api. Butang ECON dan sistem Eco Assist yang merupakan antara ciri-ciri CR-V Serba Baharu berfungsi menggalakkan lagi pemanduan yang menjimat penggunaan bahan api. Hanya dengan satu tekanan pada butang ECON, penggunaan bahan api dapat dioptimumkan secara automatik. Sistem Eco Assist pula membimbing pemandu mencapai cara pemanduan yang lebih menjimatkan melalui warna gegelang berilluminasi pada kluster meter, yang bertukar dari warna putih ke hijau untuk menggambarkan penukaran dari gaya pemanduan secara tidak ekonomi ke pemanduan menjimat penggunaan bahan api.

Dashboard Mounted Gear Shifter

Saiz model CR-V Serba Baharu ini yang lebih kecil berbanding model sebelumnya serta penggunaan rim roda aloi 17 inci, menambahkan lagi rupa agresif padanya. Rupa bentuk yang bergaya itu juga didorong oleh garisan badan yang diukir lebih mendalam dan jeriji depan yang lebih menonjol.

Ruang dalaman SUV yang menerajui kelas ini telah diperluaskan di dalam CR-V Serba Baharu melalui penyusunan semula secara pintar konfigurasi tempat duduk. Kabin besar yang bergaya kini lebih luas dengan ruang kaki lebih baik sementara memberikan pemandu dan penumpang titik pandangan lebih tinggi. Menambahkan lagi keselesaan penumpang tempat duduk belakang adalah Pengudaraan Penghawa Dingin Belakang. Ruang kargo boleh ditambah secara dramatik dari 589 liter kepada 1,146 liter dan boleh memuatkan dua basikal sebelah menyebelah, menerusi Lipatan Tempat Duduk Belakang Satu Langkah (One-Motion Rear Foldable Seats).

CR-V Serba Baharu ditawarkan dalam 5 pilihan warna iaitu Twilight Blue Metallic, Taffeta White, Alabaster Silver Metallic, Crystal Black Pearl dan Polished Metal Metallic. Honda Malaysia menyasarkan untuk menjual 7,000 unit CR-V Serba Baharu ini pada tahun 2013. Varian 2.4L akan menyusul pada bulan Jun tahun nanti. Jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km ditawarkan dengan tambahan enam kali upah buruh percuma diselang seli dengan servis berbayar.

Info daripada Arish Qutb Ahmad Khan

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply