Memetik laporan dari MalaysiaKini, kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Ini kerana kebanyakan kereta yang dinaiki oleh Menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan dan perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi.
Beliau mengambil contoh “Jika saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya terpaksa memandu laju dan ditangkap, perkara tersebut akan dijelaskan kepada pihak polis.”
Jika menggunakan kereta peribadi miliknya, beliau sendiri yang akan membayar saman tersebut. Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Ia bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam Dewan Rakyat.
Adakah ulasan dari Datuk Nur Jazlan Mohamed ini bakal mengundang kemarahan dan kecaman dari rakyat? Kami rasa keistimewaan yang sebegini sepatutnya digunakan pada tempat yang betul, dan mereka tidak mengambil kesempatan dengan menyalah gunakannya.
Foto ihsan dari laman blog Anak Sungai Derhaka
Memang babi punya statment la anak si mat rahmat ni!!
Admin, posting ygvmaki org kt atas tu bukan dari saya, akupunya.
Admin boleh check my real emai for nick akupunya.
Kepada org yg salah guna nick akupunya kat atas tu, lu xdak telor bro. u are macai..
hahaha…
kipidap bro