ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ahmad Fuaad dilantik CEO baharu Proton

Views

DRB-HICOM Berhad hari ini mengumumkan penyusunan semula dalaman beberapa posisi utama pengurusan tertinggi di dalam kumpulan syarikatnya. Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, YBhg. Dato’ Sri Syed Faisal Albar, berkata penyusunan semula ini merupakan dasar Kumpulan untuk membangunkan keupayaan dan sentiasa berdaya saing dalam suasana perniagaan semasa yang semakin mencabar.

Berkuatkuasa 1 April 2016, YBhg. Dato’ Ahmad Fuaad bin Mohd Kenali, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi – Kewangan & Korporat, DRB-HICOM dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif, Proton yang baharu. Pemegang ijazah dalam Perakaunan Berkomputer dari University of East Anglia, United Kingdom dan Diploma Kebangsaan BTEC dalam Perniagaan dan Kewangan, United Kingdom ini bakal menggantikan Dato’ Abdul Harith bin Abdullah yang akan bertukar ke DRB-HICOM sebagai Ketua Pegawai Operasi bahagian Pengedaran Automotif dan Pertahanan.

Dato’ Md Radzaif Mohamed, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi – Pengedaran Automotif dan Pembuatan, DRB-HICOM akan dilantik sebagai TimbalanKetua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif, Proton berkuatkuasa 1 April 2016. Radzaif sebelum ini telah menjadi ahli Lembaga Pengarah Proton sebagai Pengarah Bukan Eksekutif sejak 2013.

Selain itu Encik Shamsuddin bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd (“HAMM”) kini menerajui Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan berkuatkuasa 14 Mac 2016. Encik Ismail bin Pandak, Pengurus Besar, Operasi di HAMM pula dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Operasi di HAMM berkuatkuasa 14 Mac 2016.

Dato Fuaad_mug DAto Radzaif_Mug dato'harith

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply