ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta "Software Test Engineer" bakal menerima Makeover dari R3

Views

Nampaknya tak lama lagi kereta “Software Test Engineer” , Norzamzarini Mohd Bajuri, bakal menerima Makeover dari R3 setelah terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback tahun 1996 ini bakal diberi sentuhan Makeover dari R3. Kereta ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998.

Norzamzarini juga seorang peminat F1 dan amat meminati lagenda F1, Michael Schumacher. Banyak pengalaman manis beliau bersama dengan kereta kesayangannya ini & tambah menggembirakan beliau baru sahaja menimang cahaya matanya yang ke-4, Nur Mawaddah pada minggu lepas. Mungkin ini adalah tuah & rezeki anaknya juga. 🙂

Beliau dijangka menerima kereta “versi barunya” pada bulan Januari 2012. Pastinya team R3 yang diketuai Tengku Djan Ley bakal memberikan sentuhan terbaiknya untuk Proton Iswara Aeroback ini. Kita nantikan hasilnya nanti.

* Saya ramal kereta ini masih mengekalkan warna merah, tapi kali ini dengan Merah Ferrari, warna kereta Michael Schumacher ketika dizaman kegemilangannya… baru la ada kena dengan jiwa Norzamzarini 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments

Leave a Reply