ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Optima K5 2.0L Dual CVVT telah dilancarkan!!!

Views

[youtube=http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=3GildLhSifk]

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Berita ini saya baru sahaja dapat dari sahabat kita bro nadzri myusof. Sebentar tadi baru sahaja berlangsung majlis perlancaran KIA OPTIMA K5 di First RED CUBE di Federal Highway, Petaling Jaya yang telah dirasmikan oleh Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar (Bekas MD Produa) , kereta ini berada dalam segmen D yang biasanya didominasi oleh jenama Toyota &  Honda. Beberapa info yang yang boleh dikongsi bersama :-
  1. Harga private RM 143,888.00
  2. 3 pilihan warna
    -Snow white Pearl
    -Bright Silver Metalic
    -Platinium Graphite
  3. CBU Fully imported – kemungkinan akan ada versi CKD tak lama lagi.

  4. Satu Variant sahaja. Belum ada Variant 2.4
  5. 8 speaker Infinity dengan subwoofer.
  6. Penghantaran sekitar bulan Mac 2012.
  7. 6 airbag
  8. LED daytime running light dan Xenon HID Lamp with washer.

Terima kasih kepada bro nadzri myusof kerana sudi berkongsi info & gambar ini dengan pembaca funtastickodesign.

* Saya memang berkenan sangat dengan rekaan KIA Optima K5 ni, patut sangat la menang Red Dot Design Award. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • satu aku nak puji proton, sebab guna hydraulic pada bonet belakang model sedan. lebih praktikal & jimat space. x de la barang jadi penyek ke apa. 🙂

    banyak manufacturer lain, masih guna besi bengkok & spring, walaupun utk model sedan yg agak premium macam k5 ni. 🙂

    my 2 cents.


  • Good looking car, decent engine and tranny, CBU quality BUT RM143k already in new Camry’s pricing. A deterrence to many to embrace this machine. The pricing shouldn’t be more than RM130k region.


    • klu x salah aku dah mmg dia compete ngan camry, accord n passat… tu yg range harga dia cam 2… klu salah otai2 tolong betulkn ek


    • setuju sangat
      walaupun features nya banyak sangat2 tapi orang tetap akan compare price paling penting
      keta ni xkan laku sangat, sama mcm Sonata


  • agak2 nanti payah nak jual kot baru dia buat CKD.. apa2 pun excellent la model K5 nih.. puas hati.. isu dia harga dgn resale value sama spare part je jadi halangan..
    tayar tu tak nipis sangat ke utk market malaysia.. mcm tak selesa je nanti..


  • pergh!sport rim dh mcm after market punya. aku rasa kereta ni jenis sport sedan d-segment. jarang d segment yg design exterior dan interiornya agak “gila2” mcm ni.

    biasanya design d segment mesti konservatif skit, penuh dgn kemasan kayu atau krom.


    • biasanya segment D ni boleh dikatgorikan sebagai kereta orang tua, sebab tu kereta orang tua macam camry & accord laku, hahaha… tapi cubaan kia nak meremajakan segment ni memang memberi impak yang berkesan, orang tua pun ada yg jiwa muda gak… tak gitu


  • Pada price tag 143,888 NazaKia memang sengaja placing harga Hyundai Sonata HS cuma sonata banyak barang tak ada.

    Deretan features , i must say is a good bargain & buy.

    Kesian pemilik Camry dan Accord harga mahal tapi dapat spec lantai. Mungkin meraka beranggapan Variant hi spec cuma + leather seat dan V-kool, itu sudah cukup puas……


  • Akhirnya K5 telah dilancarkan! yeah! Terbaik untuk bersaing dengan T dan H dan juga N. Antara semua semestinya K5 pilihan aku berbaloi dan lebih dashat gadgetnya berbanding yg lain. Pasal spare part dan resale value tu kalau takut sangat tak rasa lapakai kereta yang best

    Kalau setakat pasal bonet yg gunakan besi bengkok tu nak dikecohkan apa gunanya bukan kita nk dok dlm tu pon. tp bg aku pulak jenis hydraulic ni bahaya dulu pernah pinjam persona adik beradik aku pnya waktu nak tutup bonet ada budak kecik dkt situ nasib dia cepat elak kalau tak penyet le..


    • aku setuju n tak setuju dengan pendapat ko… semua benda ada baik n buruk.. so pepandai lah nk guna kebaikan dia n nk avoid dr keburukan dia… fikir2kan lah sejenak…

      haya duit syiling 2 sen aku.. 🙂


    • Bagi saya x fikir sangat resale value. Saya kalau dah pakai, mmg (insyaalah) x kan jual kecualilah kalau dah total lost. Tapi kalau nak pakai kereta nh kene tunggu setahun dua. Bagi harga murah baru boleh pakai.


  • mmg lawo kete nih, worth the money actually compare to t n h offering.
    Off topic, dah lama nak post pasal cukai kat malaysia, tp masih tercari masa nak menaip, yg paling menarik, rega kete cbu kat malaysia, tax structure kat malaysia, rega kete kat singapore dgn rega dr program mm2h. Tunggu…nanti sume bleh nilai mcmmana org malaysia membayo premium pada kete japang keagongan diaorg. Ini akan termasuk perkiraan mcmmana nak kira cukai n kita akan dpt tgk agak2nya berapa profit dealer kete japang cekau kita,n berapa profit kete prtn amik berbanding kete japang,mahupun kete perodua.
    Mesti terkejut klu tau kete ckd n cbu yg partnya atleats 40% dtgnya dari asean countries, di buat@dikilangkan di asean countries, tax cbu n ckd terhapus, mereka hanya bayo tax local mcm kete malaysia, tp kenapa rega tetap mahal…ha..ha..


  • mereka ni ditipu oleh T dan H mentah2 mereka tak sedar pulak bentuk tak lawa pun mereka kata lawa tp bila Optima muncul semuanya tak puas hati kata dashboard ni serabot la apa la bila simple sangat kenapa simple sangat? tak best r.. mulut orang ni macam2 jawapan nye keluar haish..

    Macam Proton Espire.. bila dashboard mcm tu dorang cakap kenapa flat sangat. Padahal depa boleh puji bmw 3series punya dashboard tu lebih2.. padahal lebih kurang dah cuma quality tu la munkin lain ckit..

    Just my2cent.. 😀


  • apa la sgt beriya2 skog T ngan H tue…apa dpt?..mana korg suka beli je…jatuh naik resale value pon kt suma memainkan peranan….jgn pengaruhi sesiapa..coz kita suma berada di phk yg mmg rugi…lg mau buat kje amal sokong itu japang la korea la …mana suka g beli…k5,cam…acc suma best apa..

Leave a Reply