Bila baca surat khabar Berita Harian tadi terbaca la cerita pasal ni. Rupa-rupanya pemegang saham utama Proton, Khazanah Nasional sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan pegangan sahamnya. Proses mencari rakan strategik yang sesuai sedang berlangsung dan bakal diketahui tak lama lagi. Khabar angin mengenai DRB-HICOM bakal membeli saham tersebut semakin kuat diperkatakan.
Selain itu, Pengarah Urusan Proton & juga Pengerusinya juga disebut sebagai bakal pembeli Proton. Dalam masa yang sama saham Proton telah melonjak disebabkan spekulasi ini. Adakah benar berita ini atau sekadar spekulasi semata-mata kita tunggu kesudahannya nanti.
Pada saya elok juga Proton keluar sedikit demi sedikit dari menjadi GLC & menjadi syarikat persendirian kerana jika ada kaitan dengan GLC, sudah tentunya ada campur tangan politik di dalamnya. Tetapi harus diingat juga, jika silap menjual kepada syarikat yang memikirkan keuntungan semata-mata & mengabaikan kualiti serta mengembalikan Proton ke zaman “rebadged” setelah berjaya membuat kereta sendiri adalah satu langkah yang SILAP SAMA SEKALI.
* saya lebih suka kalau team DSSZ & Dato’ Nazmi beli saham Proton sebab diorang yang “run” company tu selama ni & tau apa yang terbaik untuk Proton… DRB-HICOM ni saya lebih nampak ke arah pemasangan kereta sahaja, bukan apa takut VW ambil kesempatan ikut jalan belakang nanti. Apa pendapat anda?
suke – team proton beli = future vw
hate/benci – drb hikom beli = future perodua
bukan je DRB-Hicom n Nazmi tp Naza Group sekali
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20111205233602/Article/index_html
sapa2 pun yg dapat Proton, masa depan Proton xkan cerah
DRB? ingat produk DRB Proton Tiara? hancur!
Nazmi? tengok apa jadi kat bas company CityLiner n Transnasional skrang
Naza? xpayah cerita lebih…..
personally, sy prefer VW beli dan tukar Proton jadi “Skoda Asia”, VW versi lebih murah, walaupun Proton akan jadi assembler bukan manufacturer tapi at least masa depan Proton n Lotus akan terjamin, sales akan bertambah, Proton boleh masuk pasaran2 mcm Indonesia n Thailand dengan megah.. engineers Proton yang hebat2 tu pun insyaallah VW akan serap dalam company dia kat Europe.. xpun, VW guna Proton sebagai hub Asia diaorg, buat design studio n lain2..
so, daripada jual kepada 3 pihak tu, better lah Khazanah pegang dulu.. kalu desperate sangat, tukar saham ngn saham UMW dalam Perodua, Khazanah dapat share dlam Perodua, so Proton-Perodua bleh lebih kerjasama
kalau pikir2 balik pun betul jugak. Tapi nh kira worst case scenario la nh.
Tapi berbanding bawah vw, saya prefer bawah fiat/chrysler lagi.
bro…klu proton kne beli ngan vw….they will lose the national car maker tittle…dlm mse yg sme…staf2 kt dlm comfom rmi yg kne vss…spe nk jamin future diorg….?? honestly klu DSZ bijak nk manipulate DRB….x mustahil proton will come out with heavy vehicle productions as they already developed the technology……mne r tau tertubuh lg stu company iaitu PROTON Heavy Industries….just my words….
setuju daripada dibeli oleh pihak luar baik orang kita sendiri yg uruskan ni adalah harta negara.xkan kita gostan balik ke belakang,mengharapkan org luar last2 org mealaysia melopong je tgk negara lain mkin maju..kita masih dokhoooraay … bangga dgn kejayaan org lain..bangsa yang maju berani membangunkan identti dan keupayaan titik peluh bangsa dan negara dia sendiri…setuju sangan DSZ dgn dato nazmi beli saham proton..jgn sesekali umw,perodua milik daihatsu- toyota vw…
Lepas tu keuntungan semua bawak ke negara diorang…….fuiyyo bestnye!!
kalo kurang pegangan pun, biarla khazanah tetap pegang majoriti yg selesa.. 51%-60% x begitu meyakinkn…
pegangan khazanah rupenye 42% aje.. kalo kurang lg, xtau nk ckp ape…
Tak ingat baca katne. SC buat peraturan at least pegangan 51% utk dikira sebagai ‘mengambil alih’ syarikat. Walaupun pegang 45% dan menjadi shares owner terbesar antara share holders, masih dikira tak boleh buat keputusan keatas syarikat.
Jadi kalau Khazanah pegang 42%, adakah Proton sebenarnya dikira bukan syarikat GLC? Entah…saya pun tak paham. (Orang2 bisnes sila buat pencerahan)
Sedih sebab semuanya ini jerung2 kroni yg akan lingkupkan proton. Mereka ni bukannya tahu ttg kereta kecuali mahu keuntungan semata. Lihatlah apa yg berlaku kpd MAS dahulu, semasa belum di swastakan untung beratus juta tetapi diswastakan kerajaan beli balik dgn kerugian berbilion RM. Bila kroni dah kenyang serah kpd kerajaan dgn kerugian dan rakyat yg tanggung kerugian sebab itu negara boleh bangkrup.
Nampaknya jerung2 terus menganas sehingga negara ini jadi syarikat swasta. Lebih baik jadi macam Thailand hanya pemasang kereta tetapi pelabur luar banyak melabur dan rakyat ramai dpt kerja. Eksport kereta mereka pun lagi banyak dari kita.
Jangan jadi jaguh kampung dan menang sorak kampung tergadai.
as per previous comment:
wait for mid december lah. everything will be finalize..
maybe DRB will win the bid. and the mitsubishi proton project will kaput la kot pasal DRB pon ader project ngan mitsubishi gak.
kerajaan need the money for election. euro recession is coming to bite. proton have very big dept (lotus project) behind them. why keep. just let go maa…
DRB guy lak… want to conquer everything. some project success. some project fail like their airline (now air asia)…making fast money is their priority. the people cry for cheap good car is doesn’t sound goldish to them. good luck mesia. may god with the people will.
to Naza- setakat tukar emblem pastu declare national car…go to hell with all your AP loh….lintah darat…
to Dato Nazmi- side bussiness pon ramai yang below minimum satisfaction index. improvekan yang dikendong dulu…Lol.
org bodoh je yg suruh lpskn lotus tu…
To let go Lotus is just another wastage. Lotus is projected to make profit in 2015, just another 3 years. Kalau lepas sekarang rugi sebab untung dah terlepas kat orang lain sedangkan Proton dah tanggung rugi Lotus berbelas tahun.
to DRB-HICOM- Nightmare je
to Dato Nazmi- old hand. better give to more dynamic younger people like DSSZ
to Naza- the most suitable candidate to take over Proton due to entreprenuership. Like how Tony Fernandes cast his magic on AirAsia. Proton can stay away from GLC ‘linkages’ and politician turned businessmen. However, Proton can severe their collaboration with Mitsubishi since Naza has collaborations with KIA and Peugeot.
My 2 cents..haha
Naza dah lamer dah duk tangguk untung atas angin atas jualan AP. for me AP is desease for local automotive. rakyat maner lak nih duk support derang nih…duk sekongkol ngan MITI.( dah kater berbesan rafidah yang declare status derang nih nasional car ).http://ms.wikipedia.org/wiki/Naza
tak lama karang tgk la proton buat keluar kereta cam bestari and citra tuh…
derang nih tak minat automotive pon. tak yah lah kasik. frutti tutti ( keluarga naza nyer francais gak) pon jual macam haram mahal. nak pikir pasal kereta rakyat lak. mimpi lol
DSZ gogogo
saham khazanah dlm proton cuma 42%? mcm mana pulak dgn UEM Group? kalau x silap saham khazanah banyak diletak bwh UEM group nih.. dan yg pasti UEM Group ni fully own by Khazanah..
kalau diikutkan memang khazanah akan jual saham dia, pengaruh GLC dalam industri sangat tidak baik utk tarik pelabur luar masuk bersaing.. benda ni dah di ckap oleh tan sri azman bos khazanah masa dia jual TNB dgn POS Malaysia.. saya yakin yg proton akan invest utk dapatkan baki saham dia dari khazanah mcm TNB jugak dia org kuar duit dari modal untung dia beli baki saham dari kahaznah.
kalau org luar maaf saya x percaya langsung..
Cara nak kekalkan Proton dalam pegangan tangan rakyat Malaysia secara langsung adalah Khazanah jual saham Proton 30% kepada KWSP, PNB, dan tabung pencen penjawat awam dan juga mungkin Bousted Holding sebab Bousted ni milik tabung veteran angkatan tentera. Dengan cara ni segala keuntungan dan kepentngan Proton masih lagi dalam tangan rakyat Malaysia. Lagipun Petronas pun ada dalam 10% share Proton ni.
Bila KWSP dan PNB pegang, maknanya jika setiap rakyat Malysia ni rasa nak sangat beli Proton sebab duit kita beli kereta tu akan jadi dividen semula masuk dalam simpanan persaraan kita semua.
DRB-HICOM ni hanya akan ‘memperkuda’ Proton’s facility kat Tg.Malim untuk pasang model Mercedes, Suzuki, VW selain di Pekan. Selain tu, kereta-kereta bawah franchise DRB-HICOM seperti Audi, Suzuki, akan menggunakan segala kemudahan sevis centre dan Sales Centre Proton Edar lepas ni. Jatuh kat tangan Syed Mokhtar. POS Malaysia, Bank Muamalat, EON, Uni-Asia semuanya bawah DRB-HICOM.
Ada sumber dalaman bagitau DRB-HICOM sanggup ambik sham Khazanah 30% dalam Proton dengan harga RM8 sesaham, 0.96 lebih dari harga semasa saham Proton. Transaksi ini akan melibatkan RM1.3b. (Kerajaan takde duit lagi atau duit untuk pilihanraya 13?)
Sime Darby, Naza, UMW, Hyundai-Berjaya yang sebelum ini minat sangat nak takeover Proton telah maklumkan mereka tidak lagi berminat dengan sebarang kepentingan dalam Proton. Mungkin sebab harga DRB-HICOM offer terlalu tinggi bagi mereka.
agak cantik juga if hyundai-berjaya yg beli saham ini, maybe akan ada strategic partnership dengan kia/hyundai nanti.
Proton menuju zaman gelap kalau benar DRB ambil alih,, Setelah gagal menyiapkan projek landasan berkembar dengan muka tak malu menyerahkan balik projek pada kerajaan. Mungkin ratusan juta yang telah dibelanjakan ketika projek itu hangus……..,
Saya tak berapa berkenan dengan TF Air Asia tapi lebih baik dia beli share Proton kerana dia ada “Jenama”.
Sekarang ini banyak deal yang pelik2, menjelang pemilu (guna bahasa indon) PRU13 mungkin puak2 ini dah ready untuk melarikan diri dengan wang rakyat.
Nampak2 selain berkumpul di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kita juga kena kepong Airport dan pintu keluar kerana lanun2 ini akan pasti meninggalkan negara.
off topik
spyshot baru p3 paultan…
http://paultan.org/2011/12/06/proton-p3-21a-high-speed-karak-test-caught-on-camera/sony-dsc-200/
kalau petronas beli saham proton tu best gak, sebab petronas byk duit, boleh sponsor team f1 lotus nanti, lagi satu boleh collaborate dengan university teknologi petronas buat RnD…sori aku tak tau apa2 pasal business ni hahaha.
stuju2
dlu petronas ni pn slh satu pemegang shm proton
n de org ckp petronas de wt enjin kapasiti 2.0l utk proton
tp enjin 2 xjd gne sbb petronas da lpskn shm dorg
tuh gimik jek tuh.. hire osamu goto ( ex honda rnd ) pastuh bayar hundred millions. tada…vtec yang diubah suai. plus hantar orang mesia sket sket belajar basic buat engine.
copy right dah jual kat china. and division power train pon dah bungkus. petronas dah lesson learn. derang akan stay ngan core business derang and try to venture to alternate energy jek aku rasa.
dari petronas buat enjin baik develop lubricant & minyak utk proton, kasi yg lebih power nye grade.. 🙂
Koreksi bro hyundai under sime darby bukan berjaya lagi,
Kalau hyundai sime darby yg ambil lagi malang orang melayu ,
-Denis Ho managing director dia cina singapore racist habis
-Dulu kat glenmarie ada pusat latihan inokom dia tutup pasal tak suka anak melayu ramai dapat latihan vok.
-Top management + Management +Sales manager semua cina.
-Salesman 80% cina, ada melayu tapi tak tahan kena main+tekan+ramai juga sanggup jadi barua.
-Sime Darby namanya GLC tapi dalaman byk cina orang kita hanya melukut.
-Kalau kita nampak produk sime darby ie minyak masak Alif tak payah beli la sebab yang supply dan dapat manfaat cina.
sime darby lagih teruk management dier….pasal rugi 2b boleh buat senyap jek. board director still sama…pastuh hire bakke dari felde…what the Fak dowh….masa bakke kat felda dulu pon hampir bengrap felda. cian atuk nenek wa kena pau ngan derang nih….sekarang Oil n Gas Division derang pon dah tutup. tak pandai manage engineering jgn try berlagak pandai dowh.
Under Bakke Sime Darby catat keuntungan terbesar dalam sejarah.
Felda tak bangkrap pun. haha
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/edmsweb.nsf/LsvAllByID/DA6437AC4940789048257953001932B0?OpenDocument
Mmm… ari tu kn DDSZ dah nafikan penglibatannya dlm pegangan saham proton tu? Khazanah saja create isu ker utk naikkan saham proton? Entah ler… spekulasi tetap spekulasi. Kita tunggu jer nanti. Apa2 pun jgn ar jual saham tu kat org asing. Sapa2 yg ada idea jual kpd VW jgn ar berangan vw akan memerdekakan proton dan menjadikannya pesaing utama pemain industri. Rundingan JV VW-proton gagal pun sebab fakor VW nakkan pegangan lebih besar dlm proton. Kalau diorg dpt proton diorg nie bukan nak tolong proton menjadi pemain utama. Proton hanya batu loncatan jer utk menguasai fasilitis tg malim utk pengeluaran model2 VW di asia tenggara. Dgn apa yg berlaku pada krisis toyota, 2011 VW sudah menduduki ranking no. 2 di dunia di belakang GM. Ini pencapaian lebih awal mereka yg mana VW mmg dlm perancangan rapi utk menjadi no. 1 tahun 2013. Jadikan lah apa jg berlaku pada JV suzuki0VW sebagai iktibar. Diorg tak ikhlas kecuali utk kepentingan mereka sahaja.
Sekarang nie khazanah pegangan saham dlm 42% kalau diorg kurangkn pun mesti minimum 30% sebagai suara majoriti pembuat keputusan. mgkin la kot dlm kurang 10% jer saham proton dijual kepada org lain.
Petronas tak berminat ker? hehehe… suka kalau petronas adalah antara pemegang utama saham proton tu. 🙂
cheers!
melalui pengamatan dan kajian ringkas serba sikit maka aku dapati top 3 pemegang saham proton ialah:
1)khazanah 42.74%
2)kwsp 10.72%
3)petroliam nasional berhad 7.851%
yang lain semua pegang sikit2 je… dalam 1%++ ada HSBC, mayban,amanah raya, PNB, tabung haji, pekeso, dll…
so aku rasa khazanah bhajat nak kurangkan share dia je kot… x kn lah dia nak jual semua skali…. may b dia jual 10%++ cam 2 ke… n klu blh biarlah company yg beli 2 tempatan n berjenis skit… x pn… pekerja proton yg mna rasa ada duit 2… leh lah kumpulkan… beli share company sendiri… lg bgus aku rasa…. org proton lbh memahami proton compare luar…
nie di antara link2 yang aku jumpa n berguna:
1)http://www.sharemarketmalaysia.com/proton-holdings
2)http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f0017a6bf/6c00bbe9fde426d5482577910032b45c/$FILE/PROTON-Page%2061%20to%20ProxyForm%20(2.9MB).pdf
cuma mengutarakan pandangan…
silap2 DRB-Hicom yg beli saham2 proton. kalau setakat pegang share tp tak sumbang apa2 dari segi teknologi automotif, tak guna juga.
sekarang proton lebih berminat utk mencari rakan strategik yg boleh berkongsi teknologi dan pasaran.
satu lagih, kenapa D. nazmi beriya nak beli. dier nak tolong selamatkan ker…dier nak bolot semua sekali. tapi dier still dibayar gaji oleh proton….saper boleh jawab weh..
http://www.themalaysianinsider.com/business/article/gm-reviving-alliance-talks-with-proton-says-bloomberg/
GM reviving alliance talks with Proton, says Bloomberg.
General Motors Co (GM), the world’s largest automaker, has begun talks with Proton Holdings Bhd to form a manufacturing venture in Southeast Asia, according to Bloomberg.
The deal would help GM expand its car manufacturing beyond flood-hit Thailand and may allow Proton to gain access to vehicle technology that could boost its sales in overseas markets.