Nampaknya KIA kini sedang cuba untuk mengikis imej bosan kereta keluarannya dengan mensasarkan untuk menjadi penanda aras bagi pemanduan dan pengendalian (ride and handling). Bercakap kepada Autocar baru baru ini, Ketua Pegawai Operasi KIA di Eropah, Michael Cole berkata firma tersebut bukan sekadar untuk bersaing dalam dinamik kenderaan tetapi mahu menjadi peneraju dalam industri.
Untuk merealisasikannya, KIA telah melantik Albert Biermann sebagai ketua prestasi kenderaannya. Biermann, dahulunya pernah berkhidmat sebagai ketua pembangunan bahagian M di BMW merupakan calon yang paling layak untuk menggalas tugas tersebut. Ketika ini, KIA telah menghasilkan beberapa model berprestasi-tinggi termasuk Pro_Cee’d GT dan Optima GT dan pada masa akan datang bakal menambah lagi beberapa model termasuklah coupe empat-pintu yang diinspirasikan dari model konsep GT pada 2011.
Siapa yang kata (ride and handling) tak berapa penting tu faham faham sendiri lah ye!
Kereta KIA ride and handling nya sememangnya kurang mantap berbanding abangnya HYUNDAI.. Langkah yang sangat baik bagi KIA mempertingkatkan ride and handling nya kemudian memperkenalkan kereta berprestasi tingginya yang pertama.. Melantik Albert Biermann menunjukkan KIA membuat perubahan sangat drastik untuk menjadi penanda aras bagi pemanduan dan pengendalian (ride and handling)..
Mmm… maksudnya model2 KIA sebelum nie mmg agak membosankan dari segi pemanduannya lah?:P
Baguslah, selepas depa dpt mmberi keyakinan dri sudut teknologi dan rekabentuk, tiba masa utk KIA memperbaiki model2 terbarunya dari sudut pemanduan pula.
Cheers!