ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Rio GT-Line bakal membuat kemunculan di Geneva

Views

Sempena Geneva Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti, KIA bakal memperkenalkan model Rio GT-Line. Ia bakal mengikut jejak langkah model yang mendapat sentuhan GT-Line terdahulu seperti Sportage, Sorento, Picanto, dan Cee’d. Apa yang menarik mengenainya?

  • Ia dikuasakan oleh enjin petrol tiga-silinder 1.0 liter dengan pengecas turbo yang digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan manual.
  • Kombinasi enjin dan transmisi ini mampu menghasilkan 118 kuasa kuda, namun ia masih lagi tidak dapat menandingi model yang sama saiz dengannya seperti Ford Fiesta ST, Renault Clio RS dan Volkswagen Polo GTI.
  • Enjin berkapasiti 1.25 liter atau 1.4 liter aspirasi natural akan turut ditawarkan, namun kuasanya semakin berkurangan (hanya 83 dan 98 kuasa kuda) dan digandingkan dengan transmisi tujuh-kelajuan dwi-klac.
  • Rekaan luaran dengan penampilan lebih sporty – kemasan hitam berkilat dan jeriji krom, rim aloi khas bersaiz 17-inci, lampu kabus dan lampu nyalaan siang LED, muncung ekzos berkembar, kemasan krom pada tingkap, spoiler belakang warna hitam berkilat dan kemasan di bahagian sisi ambang pintu.
  • Ruang kabin dihiasi dengan kombinasi kulit sintetik dan upholsteri kain dengan jahitan kelabu, stereng flat-bottom yang dibalut kulit dan kemasan metalik dan karbon-tiruan.

Model Rio GT-Line akan mula memasuki pasaran Eropah pada musim bunga, sekitar tarikh yang sama kemunculannya di Geneva nanti. Kami amat berharap agar KIA Malaysia mempertimbangkan untuk membawa masuk model ini pada masa akan datang. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply