ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serius meningkatkan kualiti

Views

proton 2

Teknologi terkini dan rekabentuk canggih menjanjikan kualiti terbaik dari jenama Nasional.

Dalam pasaran sekarang, pembeli dipujuk oleh begitu banyak pembuat dan penjual motokar, semuanya menjanjikan spesifikasi tinggi, rekabentuk terkini dan citarasa unggul, disamping perkhidmatan selepas jualan yang tiada tandingan. Hakikatnya, persaingan yang sengit menawarkan puluhan pilihan dalam setiap segmen pasaran dan hanya model yang terbaik mampu mendominasi pasaran, tambahan pula bila perbezaan harga di antara produk semakin mengecil.

Proton sedar bahawa kualiti merupakan masalah yang membelenggu jenama tersebut sejak sekian lama. Persepsi atau realiti? Yang pastinya sebahagian besar pasaran meletakkan Proton sebagai jenama yang dibeli atas dasar harga dan bukan keinginan. Sekiranya mereka gagal meningkatkan kualiti dalam masa terdekat, jenama Proton mungkin terus merengkok di tempat tercorot dari segi kedudukan dalam minda pembeli dan ini akan menghalang syarikat kereta nasional ini dari meletakkan premium ke atas hasil kejuruteraan tempatan.

Dengan kilang kereta terbaik mengeluarkan kenderaan yang hampir sempurna setiap kali, Proton wajib mengejar tahap kualiti global yang meletakkan tahap kecacatan 0.1 bagi setiap kereta, ataupun satu kecacatan dalam setiap sepuluh kereta yang dihasilkan. Tahap kualiti global yang dicapai oleh syarikat kereta masakini adalah amat membanggakan kerana setiap kereta memerlukan berpuluh ribu komponen dan setiap satunya perlu sempurna untuk menghasilkan kereta yang tiada celanya.

Ketua Operasi Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa menjelaskan bahawa proses peningkatan kualiti Proton sudah dimulakan sebelum DRB-Hicom menjadi pemilik Proton, namun usaha ini telah ditingkatkan. DRB tidak mempunyai pilihan selain meningkatkan kualiti bagi menarik lebih ramai pelanggan kepada jenama Proton kerana inilah cara terbaik untuk melindungi pelaburan bernilai lebih RM3 billion yang telah dibenamkan untuk membeli syarikat tersebut.

“Pembeli tak mahu tahu masalah antara Proton dan pembekal, yang mereka mahu ialah produk yang terbaik dari segala segi dan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kepuasan pelanggan. “ Kualiti perlu diterapkan di semua peringkat dari proses rekabentuk, pemasangan, pemasaran dan juga servis selepas jualan dan Proton sedar ini adalah permintaan asas pelanggan.

proton 3

Kami dibawa melawat kilang Proton di Tanjung Malim yang merupakan sebuah fasiliti penghasilan kereta yang komprehensif dan menggunakan teknologi terkini bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana kualiti global boleh dicapai. “Penggunaan robot yang lebih menyeluruh di Tanjung Malim dan juga di Shah Alam dalam proses kimpalan yang berulang ulang dan agak merbahaya antara langkah asas dalam mencapai tahap kualiti yang global. Konsistensi robot sukar ditandingi oleh manusia, terutamanya dalam tugas berat, berulang dan merbahaya.

Preve merupakan contoh terbaik bagaimana kualiti diterapkan dari permulaan proses rekabentuk, pemilihan bahan sehinggalah proses pengilangan. Preve dipasang menggunakan sistem tanpa pintu, dimana semua pintu, boot dan bonet dipasang pada peringkat terakhir bagi memudahkan pekerja memasang komponen lain seperti bahagian dalaman kereta tanpa dihalang oleh posisi pintu. Memudahkan kerja merupakan langkah mudah untuk meningkatkan kualiti.

Proton juga sedang mengkaji untuk mendapatkan lebih ramai pekerja perempuan di kilang untuk proses pemasangan kemasan. “Pekerja perempuan lebih teliti dan lembut dari lelaki, inilah sebab mengapa di kilang elektronik kebanyakkan pekerja adalah perempuan. “Untuk memastikan kualiti Preve bukan sekadar luaran, Proton telah memberikannya satu kelebihan yang agak besar tetapi kelebihan ini dari segi teknikal dan tidak akan dapat dilihat oleh pembeli.

Penggunaan besi penguat di sekitar kabin yang dibentuk secara tekanan panas telah menghasilkan casis yang kukuh tetapi ringan. “Pembentukan tekanan panas ataupun Hot Press Forming (HPF) ialah satu proses sofistikated yang hanya boleh didapati di lima kilang komponen besi di dunia dan salah satunya ialah anak syarikat Proton. “Sekiranya kita tidak memiliki industri kereta sendiri, sudah tentu teknologi ini tidak akan diberi kepada kita. Proton sedar tentang kedudukannya sebagai pemacu industri dan teknologi di Malaysia, maka itulah kami membuat keputusan untuk menggunakan teknologi ini.

proton 1

Besi yang dibentuk dengan proses HPF adalah tiga kali lebih kuat dari besi biasa. Sebelum ini besi penguat kabin di ‘b-pillar’ menggunakan tiga komponen tetapi dengan besi HPF, hanya satu keping diperlukan. “Hasilnya, kita dapat menjimatkan antara 20 hingga 30 kilogram dari casis Preve tanpa mengurangkan keupayaan kabin untuk melindungi penumpang dalam kemalangan,” tambah Abdul Rashid.

Lawatan ke kilang anak syarikat Proton menunjukkan bagaimana komponen HPF dihasilkan dan jelas ianya satu proses yang memerlukan teknologi tinggi dan sistem kawalan yang amat ketat. Kepingan besi yang hendak dibentuk akan dipanaskan secara berperingkat ke suhu 900 darjah Celsius dalam sebuah ketuhar gas yang dikawal kompuer sebelum dimasukkan ke dalam acuan tekan yang bersuhu rendah. Acuan tekan ini disejukkan oleh air yang hampir beku pada tahap 5 darjah Celsius .

Proses pembentukan dalam acuan tekan mengambil masa 10 saat dan dalam masa ini , suhu kepingan besi yang mulanya merah menyala diturunkan kepada 200 darjah Celsius dan penurunan suhu secara terkawal inilah yang menghasilkan molekul besi yang tiga kali lebih kuat. Besi ini begitu kuat hingga Proton terpaksa memberi latihan khas kepada pihak Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan mereka memotong besi ini dengan betul bagi menyelamatkan mangsa sebarang kemalangan.

Besi HPF pertama kali digunakan oleh Mercedes Benz dalam model mewah S-Class terkini dan kemudian ianya digunakan dalam model E-Class. Jelas ianya satu teknologi premium yang tidak akan didapati dalam kenderaan lain pada tahap harga yang ditawarkan oleh Proton. Inilah antara langkah yang diambil oleh Proton untuk meningkatkan kualiti dan spesifikasi kereta mereka agar ia dapat memberi kepuasan yang diharapkan oleh pembeli. – Shamsul Yunos | Ilham Editorial Services

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

100 Comments


  • selamat maju jaya,
    Aper yang saya nampak, proton trying very hard to improve internal quality issue, tapi external quality issue tak diulas dengan mendalam dalam artikel ini, bagaimanakah proton mahu memastikan kuality barangan yang dibuat oleh vendor itu benar baik bagi mencapai sasaran defect quantity 0.1 seperti standard global jika ecosystem vendornyer tidak beraper baik. selamat berjaya.


  • Walaupun aku seorg pemilik preve, aku masih memandang proton sebagai jenama yang masih ketinggalan dalam penghasilan kenderaan berkualiti tinggi untuk bersaing di pasaran global. Mungkin benar teknolgi terkini yang ditampilkan dalam model ini adalah satu ciri primium yang sememangnya ada di tawarkan oleh jenama besar saperti kereta buatan Jerman, tetapi dari segi kematangan sub-komponent masih menunjukkan sesuatu yang belum ada kesudahan. melihat kepada respon pemilik pemilik produk proton yang terkini secara meluas, proton sudah ada beberapa perkembangan positif dari segi sistem pengawalan yang membabitkan kawal elektronik seperti EBD, ABS dan lain2, namun didapati kualiti enjin dan kemasan kiranya belom mencapai apa yang dikatakan sebagai kereta bebas kecatatan. Mengambil contoh kenderaan saya sendiri secara jujurnya mengalami masalah dimana terdapat aliran udara yang terlepas ke dalam kabin ketika kenderaan sedang memecut di lebuh raya yang mana memanng menjejaskan kualiti keselesaan ketika memandu. selain itu masalah one way valve yang selalu diperkatan juga sesuatu yang merunsingkan banyak pihak dan membuat pembeli dan bakal pembeli tertanya tanya kenapa boleh jadi seperti ini. bayangkan jika pengguna global mengalami masalah ini dengan produk proton mereka, kemungkinan mereka sudah tidak percaya pada kualiti produk yang negara kita hasilkan. Juga tidak dinafikan disamping kelemahan ini, saya mengakui kecekapan model baru proton ini memang memiliki kualiti kawalan yang memuaskan. Adaptasi daripada teknologi Lotus telah menguatkan sistem handling proton berbanding model model selama ini yang mana body roll adalah ditahap yang agak memuaskan. Namun, penjimatan petrol untuk model cfe agak mengecewakan dimana menurut iklan dijanjikan penjimatan serendah 6.6L/100km pemanduan lebuhraya dan 7.8L/100km untuk memanduan lebuhraya dan bandar. namun melalui mengiraan saya selama hampir 9 bulan bersama model ini, penggunaan yang sekata yang saya perolehi untuk pemanduan lebuh raya untuk 90kmj tidak pun mencapai dibawah 7 L/100km seperti yang ditawarkan. lebih teruk pemanduan sepenuhnya didalam bandar mencatatkan penggunaan minyak sebanyak 12-14L/100km dangan kelajuan purata 20kmj. Proton harus melakukan sesuatu


    • Mungkin kita perlu bersabar . Pihak Proton tengah usahakannya . Mungkin difokuskan satu-satu untuk mendapat kualiti yang baik . Exterior dah , mungkin selepas ini interior . Insyaallah .


      • Ahmad,tkperlu nk expecy preve tu save fuel sgt..kereta yg kerb weight 1300kg what u expect?nak btul2,kete yg kerb weight atas skit dari 1000kg la,macam myvi..atau kereta yg kerb weight bawah 1000kg seperti viva


    • Bro, sy pun guna preve dan pernah guna bbrp kete lain.

      sy tak stuju pasal penggunaan minyak tu. sy rasa kete saya mmg mencapai apa yg diletakkan di dalam brochure.

      byk juga kereta lain yg dpt komplen dari segi manufacturers claim ni, dan jenama2 ni jenama terkemuka dunia. contoh, mitsubishi mirage, tak pernah dpt capai 21km/l pun.

      ikut cycle mana yg diguna, mmg theoritical consumption boleh dicapai, tapi real world, bergantung pada pemandu.

      rm60 dr gombak ke kota bharu, CFE sama je dengan forte punya consumption, bahkan lebih baik dari segi HP dan torque.


    • seteju…. Fuel Consumption Engine CamPro (tak kisah la CPS ke, IAFM ke, CFE ke) mmg teruk dan tak memenuhi spesifikasi yg dinyatakan.. kalau di US dah kena saman malu PROTON ni… jgn menipu la kalu nak buat bizz!! mcm mana nak berkat!!


    • Ahmad
      satu lg kalau kereta kau penuh dengan 5-6 orang,pastu bonet belakang pon penuh…..pastu bawak pulak 120-130-140(padahal brochure pasal fuel save tu ckp bawak 90 je)……..ko ingt semua3 element2 tu tk efect?
      toksah harap la nk dpt fuel save camtu
      senang cerita,makin berat kereta tu dengan bermacam2 muatan yg ko bawak,makin makan minyak la..period


  • Marketing penting bro.. dan ini salah satunya cara bagaimana hendak memberiahu rahsia pembuatan kereta di Proton. Ialah dulukan org kata kerete Proton macam tin kosong..macam tin kosong..sekarang ni ada tak dengar kereta Proton Preve ni macam tin kosong..takdekan. So, inilah hasilnya bila menggunakan pembuatan dengan cara teknologi canggih ni. So, tinggal bahan kompenan dalaman dan kekemasan akhir yang sedang Proton usahakan. Satu langkah usaha yang bagus dari Proton. Semoga usaha ini berjaya dan dapat memenangi kembali hati pembeli Proton di Malaysia amnya.


    • Bro Tin Milo @ tin kosong digelar masa zaman Wira/Iswara… start WAJA dan ke atas Proton bukan Tin Milo lagi… ++ di Malaysia, pembeli menyifatkan sesuatu kereta itu selamat dgn hanya sekadar mengetuk body kereta… bukan tgk spec safety features!! hahaahahahha…

      p/s: sekarang ygnampak tin kosong/tin milo… Myvi, VIva…


    • Ya, saya pun rasa mahu melawat ke Proton Tanjung Malim. Perlu tulis surat dan kumpulkan satu kumpulan kecil adakan satu rombongan?


      • dulu pernah ke kilang tanjung malim..main intai2 tepi pagar je..masa tu preve dah nk keluar..tp xde nampak bayang..dok usha2 la..sekali kena halau ngan pak guard..haha..eh tapi diorang kata masa kilang beroperasi boleh melawat..tak tahu la ape prosedur..ke boleh walk in je??


  • proton kena kerja keras lg..walaupun teknologi maju telah diperkenalkan pada model2 terkini, namun bak kata sesetengah pemilik, bab2 kemasan, finishing masih banyak kekurangan. proton kena fikir lebih jauh lagi.


  • tul gak tuh, ramai yang report pasal FC. tapi ramai gak report yang ok as per advertise. aper masalah sebenarnyer ek. takut la plak nak beli HB nih. boleh ker kiter gih SC cakap FC kiter 30% higher than sepatut nyer. Sah sah dah kena cakap kiter kaki lenjan bla bla..pasal tuh FC effect.


    • Pasal FC nieven myvi atau honda city, mmg dalam city tak jimat mana sangat tp banding dengan campro nampak beza penggunaan dalam bandar..

      Pendapat aku pasal FC ni depends pada kaki.. nak cite pasal teknikal tak pandai. Tapi contoh kereta perdana V6 aku, auto, kalau tekan slow2, even naik highway pun tak leh mencanak naik 90kmj.. kena pujuk untuk sampai, comform FC ok. Kalau main taram je mmg sedap.. tapi minyak jangan pikir la..

      Sebab apa yang ditulis dalam phamplet adalah FC kelajuan sekata 90kmj.. derang accelerate pun slow2.. braking pun slow2.. angin tayar kasik cukup, bawa dengan muatan seorang ja..dan derang calculate minyak based on minyak penuh sampai nak melimpah.. jalan.. then isi balik cam nak melimpah tadi, kira brapa penggunaan minyak..

      Selalunya dari bawa engine kecik ke engine besar yg akan rasa FC ni sangat.. Tapi tgk kereta wira (mitsu) 1.6 auto banding dengan campro basic 1.6 auto nampak campro lagi bagus FC.. even kalau kaki ok, saga FLX nye FC sebenarnya lagi better dari Miyabi yg dibanggakan dengan penggunaan minyak bagus tu..

      Kalau dengan peningkatan kualiti pun tak jalan.. Aku rasa Proton perlu penjenamaan semula, tukar logo dan tagline.. dan better lepas Proton rasa quality interior dan masalah2 kecil2 kereta proton settle.. Marketing bgtau kereta lepas penjenamaan baru ni semua kurang defect dan quality sangat di titik beratkan.. Marketing kena jalan betul2..

      Lepas dah orang kompiden balik baru leh teruskan usaha2 untuk kenalkan balik Perdana Replacement, SUV dan MPV mewah mcm kita dengan khabar angin tu~

      (Luahan hati untuk melihat kompeni Melayu maju dan berdaya saing..)


  • Mmg pningla vendor interior,downtimejela manjang klo OPT pompuan jage trim line
    Huhuhu

    Tp knp GSC nye development 1year++ je
    DRB potong bajet development eh
    Lpstu sesah vendor yg tgh pning dgn isu minimum wages 900
    Saye teruja nk tgk result dia
    Huhuhu…


    • benda nih car jepun dah lamer praktik rasanyer. tapi yang makcik yang jaga kete kat line derang nih pon taiko taiko. tak der nyer concentration gangu biler kena fewwitt sket sket. any way good move arr kot…


  • aku stuju bab kualiti bhagian fit n finish, masih blum ommph lg. Bab kualiti enjin, stakat aku pkai campro, alhamdulillah, mgkin nasib baik, dh 2 bijik, waja n skang flx se, xda masalah. Bab fc cfe, aku suka baca dlm forum owner pug yg pkai enjin prince na n turbo. Yg prince turbo, minyak dia mmg lg kuat dr prince na, n lebih krg jek bila aku baca berbanding dgn cfe.

    Cume aku hrp, prtn tingkatkan lg utk kecekapan minyak. Myvi 1.5 auto, aku baca forum, lebih kurang jek dlm bando dgn cfe. Yg jimat, 1.3 auto.

    Tp itu bukan alasan sbb prtn xleh jadi folower, kena jadi trendsetter. Klu jimat fc, xleh rasa puas hati klu sama ngan kenderaan lain, kena kasi jimat giler, br jd trendsetter.


  • proton have rectify even the smallest rattles, sponge and seat fabrics.
    people look at this little tiny issue – BIG,
    preve test car gearbox already whines quite loud, we understand that the car was being floored at every test took place, it reflects,,,
    ergonomic ls another issue, like pedal position, being too near.

    im not bashing, and my car will always be a proton, was and will. i just to see proton make a reasonable car.
    yes the price is comparatively cheaper, but lot quite reasonable if they are lot with lackluster.

    proton has to go in detail in order to for a reasonable peoples car.


  • lenkali jgn buat enjin syok sendiri..mentekedarah minyak…konon CEO time tu konon sport enthusiast konon…last2 dunia trend pi ke fuel saving efficiency P1 plak pi konon high performance.
    DRB kene ada backup plan lain takut2 enjin Petronas tu x mencapai market expectation.


    • Ya .. saya setuju. Designer proton patut dibuang dan diganti dengan yang baru. Design keta preve amat buruk. Depan macam honda city, belakang macam apa entah. Last last jadi rojak.
      Tolonglah jgn lagi guna chrome strip untuk membezakan keta standard ngan premium. Hodohnya chrome strip kat boot inspira premium.


      • Apa da tak cun.. Pada aku ok wat. Aku tengok design Nissan Almira la outttttttt! Aku paham kenapa diorang beli. Sbb duit aku so aku punya suka la nak beli.


      • Ni la namanya koya . Preve dah hantar keluar negara untuk design . Italdesign dah designkan . tapi kau still melalak . Kau buat design kau , pastu hantar kat Proton . Tengok , design diterima or ditendang !!.. Ada berani ke ?.


      • betolll..sgt setuju!! Bumper depan honda city buruk gilerr sebab same preve…belakang honda city pon buruk giler.tapi xde sape komplen..hurmm…chrome strip line pulak tahapehape sebab same dgn kete jaguar yg hodoh gile..tapi kete jaguar tak kene bash pon…hurmmm tipical malaysian…


  • harap2 betul brubah selepas ini.drb memang kena berani ati kering kalau betul2 nak buang vendor yang banyak susahkan pengguna.nama pun dah jadi syarikat personal, proton berhak membuat apa sahaja lebih2 lagi kerajaan mungkin tidak lagi menyalurkan dana seperti mana di nikmati zaman dsz.

    drb kena buktikan mereka boleh survive wp tiada dana. tengku mahaleel dah buktikan dan keupayaan lotus perlu d gunakan semaksimun mungkin. sbut pasal design, alang2 drb dah buang projek paris 5, apa kata abik design lotus elite untuk kereta sport rakyat…memang power design dia..alang2 orang kata..design dah ada, tapi projek tu tak nak teruskan,..sbb katanya projek itu telah d batalkan sebelum mereka mengambil alih…

    pelik2…


    • DRB mmg berani pon. Dah lupa ke DRB pernah tamatkn kontrak Syarikat pembekal tepung untuk Roti Gardenia.

      Akhir cerita syarikat pembekal tepung tu bukan kilang dan buat roti masimok.


  • pasal fc enjin campro.. mmg faktor utama adalah cara memandu.. enjin tu boleh jimat minyak kalau dipandu dlm kelajuan terkawal..

    lagi satu tips nak jimat minyak.. kurangkan guna brek semasa memandu, tapi guna kaedah enjin braking sbb cara ni lebih cekap tenaga.. contoh keta auto, bila lepas minyak enjin adaq rasa sengguk sket.. itu la enjin braking.. manual pun sama bila lepas klac, lepas minyak, ada rasa sengguk jgk..

    ini cara sy memandu sejak pakai persona se dah 3 thn… so far fc mmg bagus.. pikap pun puas hati.. asalkan pandai main pedal minyak, gear (auto pun ada mod gear boleh tukar2 sendiri, pandai2 la guna)

    lagi satu, bagi yg baru beli keta, saya cdgkan enjin baru x pyh tunggu servis pertama baru nak lenjan sbb enjin tu dah kena lenjan masa dlm kilang lagi.. mmg dah longgar pun sblm kita bwk.. tekan la laju mana pun takpe asal tak lebih had laju dah le.. stat enjin tunggu cukup panas dulu, dlm 1 minit lbh kurang baru bwk.. jgn terus on ekon.. enjin panas baru on

    sy perasan kwn2 saya bwk kete ekon x pnh off.. dia off enjin trus.. rasanya amalan ni tak bagus utk enjin dan ekon sbb ekon guna kompressor enjin utk jalan.. so bila ekon tak off trus off enjin.. bila on enjin balik, dia akan terus on kompresor utk on ekon.. jadi enjin dah kena keje berat sblm sempat panas (safe operating temperature).. mungkin ini salah satu punca enjin jd kuat minyak.. sapa2 ada info boleh tambah atau betulkan


    • bagi saya if better free gear… bagi kereta manual boleh turn on kew free gear agar kereta berjalan tanpa menggunakan minyak… kalau enjin breaking still guna minyak… bila dah free gear nak break pun dah ok… so time nak menghampiri lampu isyarat merah, boleh turn ke free gear… BAGI KERETA AUTO boleh turn on ke nutral gear… memang menjimatkan minyak… Kereta tak perlu nak panaskan ejin diwaktu pagi… boleh memakan minyak untuk beberapa kilometer… kalau kereta baru tabiat ini boleh dikikis… ada baca dalam ruang auto dalam utusan malaysia… isi minyak sewal pagi yang paling sejuk… sebab molekul tengah mengecil… dan pastikan isi full… tayar angin secukupnya… okbaiii…


  • Sy pengguna proton waja cps. bg saya bab FC ini saya taklah ambil kira sangat. Cuma yg saya pentingkan adalah kelancaran dan “kelembutan” enjin yg mana saya masih tidak berpuas hati. Kadang-kala kereta sy rasa lancar, kdg-kala, terasa enjin “berat”.

    Oleh itu, saya harap proton dpt mempertingkatkan lagi bab2 “engine refinement” selain daripada kualiti pemasangan.


  • Hello DRB .. tolonglah buang designer proton sekarang. Carilah yang baru. Design keta ni tak payahlah complex2 sangat macam preve. Tengok preve macam semak.
    Biar simple macam volkswagen.


    • Pulak dah. Ada orang suruh Proton design macam kereta korea, kau pulak nak simple2. Mana satu nak dengar ni?

      Preve punya design pada aku balance. Tak overdramatic atau terlalu simple. Preve tu italdesign yg consult. Kamon la. Takleh nak puas hati semua orang.


  • satu jer harapan saya pada proton.. nih especially bg yg dok bahagian marketing / product planning ke.. tolong ler selaraskan nama2 model line up yg sedia ada dan yg akan datang.. yg penting ada heritage value kt situ.. nih tiap kali keluar model baru ganti model lama tapi nama pun baru gak.. apa salahnya kekal nama yg sama.. kalau alasan bad image model lama tu tak valid la sbb hyundai/kia dah berjaya buktikan yg kisah silam nama model2 lama mereka tak menghantui model2 pengganti walaupun guna nama yg sama.. sedangkan perodua yg lebih muda tu pn dh mula kekalkan jenama model myvi utk generasi ke-2 model tu.. kalau tak nak pening pale pikir nama model buat la gaya cam kia guna nama k3, k5, k7.. mgkin proton leh guna nama p3, p5, p7 plak.. asalkan nama tu evergreen.. pada pandangan saya elok mula dgn kereta gsc yg proton war2kan sebagai pengganti savvy tuh.. seterusnya tema nama model line up tuh bole guna pakai utk model2 seterusnya.. saya yakin dlm 5 – 10 tahun mendatang jenama proton bole naik semula dengan penjenamaan semula..


    • Saya rasa ada benar juga kata saudara . Mungkin menggunakan nama lama tapi wajah baru , sedikit sebanyak pengguna nampak perbezaan kereta dulu dan sekarang . Contoh saga !!!.


  • designer local pun hebat2…cuma perlukan chief designer yg mampu pertahankan concept asal kereta…`decision making` & `design direction` tu penting lebh2 lagi dlm menentukan `design language` sesuatu jenama khususnya jenama Proton ni…interior designer & graphic designer perlu lebih man tap dlm menghasilkan rekabentuk dalaman, finishing, materials, texturing serta layout tail lamp serta headlamp. spesifikasi pada pendawaian electronik/elektrik perlu segera diperbaiki ekoran masalah yg seringkali terjadi pada semua model2 Proton.


  • bg saya, utk proton kekal kompetitif, tlg keluarkan byk skit model, walaupun kita sume tau, utk keluarkn sesebuah model serta engine bru memerlukan kos yg tinggi, tp apa salahnya kita menjadi daring skit.. sbab bila dilihat blk product line up proton actually tak byk.. asyik2 1 model baru setahun, apa kata ubah mnjadi 2 model baru setahun, bru byk skit choices.. then, apa kata, engine line up tu, ditambah, even tough current trend skg adalah downsizing engine, tp apa kata keluarkan engine yg cc nye berlainan yg lebih efficient dan berkuasa, contoh 1.2 ke, 1.4 ke, even 1.8.. sbab bg saya engine keluaran proton x byk, asyik2, 1.6 atau 1.3… yg lain tu sume engine dr brand lain.. 2nd, tlg la buat refinement dlm setiap aspek kereta proton esp bahagian engine refinement (performance + better FC), safety, material quality, etc.. tu je la dr pandangan saya utk proton ni, hehehe tq.. [P/S; *i’m just giving my own opinion.. so, klu ada spa2 yg ade pendapat lain, boleh la kita kongsi2 kn..] hehe.. peace yo! 🙂


    • Proton ada problem dalam bab pembinaan engine. Itu yang campro hidup mati. Tapi tak salah guna engine lama asalkan engine tu reliable dan di-improve overtime dan comply dengan latest emmision standard. Macam campro cfe/iafm + punya emmision rating dah euro 5. Even honda jazz/crz pun euro 3 je.

      Cerita pasal proton beli engine petronas sedikit melegakan. Akhirnya proton ada variasi engine pelbagai sais. Cuma perlu improvekan engine supaya lebih effisyen dan jimat minyak.


    • Rasanya untuk Proton kuarkan model yg banyak dengan variasi enjin yang berbeza tentulah memerlukan kos yang tinggi sedangkan kita semua sedia maklum pasaran untuk Proton amatlah terhad berbanding dengan jenama-jenama dunia yang lain. Sedangkan di negara sendiri pun Proton kalah dengan Perodua dari segi jualan Ditambah pula dengan persepsi tidak baik terhadap Proton. Saya berpendapat kereta GSC yang amat kita nanti-nantikan boleh manjadi “game changer” kepada Proton dalam pasaran kereta tempatan asalkan kualitinya bagus.


    • sbnrnya apa yg proton ada ni dah sesuai iaitu 1.3 & 1.6 enjin. ditambah pula dgn enjim baru preve yg ada turbo menyamai kuasa enjin berkapasiti 1.8 atau 2.0…skrg pun kt europe dah makin pasal emmision iaitu dgn kurangkn enjin yg cc besar…cuma dikuatkan dgn kuasa turbo..lagi pun lebih jimat utk pemanduan biasa/bandar..guna bila perlu…jimat juga roadtax…tp dgn adanya enjin yg dibangunkan oleh petronas, kemungkinan proton akan ada segmen 2.0 atau lebih..perhatian lebih utk meningkatkn lagi kemampuan enjin…tahap kelancaran & sebagainya…enjin proton takde mslh sgt cuma agak kasar sikit la…power cukup..mlah tak keterlaluan kalau nak compare dgn vios & city…tp nnti org kata 1.5 dgn 1.6 mmg la beza…

      saya pernah memiliki neo & city…jika dibandingkan pd kepuasan pemanduan dr sudut handling, kuasa & stability…rasanya neo lebih baik…city pulak mng pd jenama, kemasan dalamannya…enjinnya lancar & senyap…tp kalau memecut…tak cukup stabil berbanding neo..


  • saya ni dh setahun pakai persona H-line…xda pe2 masalah pon…design cantik pon cantik…siap join club persona lagi…merata dah pegi…duk bising pasal minyak la ape la…sy g kelantan myk 40 dh sampai..+aircond non stop+gunung ganang lagi.pegi kl pon 40 jgk…..balik johor pon 70 je…smuanya dari penang.cuba la reti bersyukur sikit…..Malaysia ada jenama kereta sendiri…Alhamdulillah.


    • Proton ada problem dalam bab pembinaan engine. Itu yang campro hidup mati. Tapi tak salah guna engine lama asalkan engine tu reliable dan di-improve overtime dan comply dengan latest emmision standard. Macam campro cfe/iafm + punya emmision rating dah euro 5. Even honda jazz/crz pun euro 3 je.

      Cerita pasal proton beli engine petronas sedikit melegakan. Akhirnya proton ada variasi engine pelbagai sais. Cuma perlu improvekan engine supaya lebih effisyen dan jimat minyak.


  • proton haprak…pasai hangpa la harga keter lain mahal…keter hangpa pun mahal…keter mahal banyak kene hutang…hutang banyak riba banyak…riba banyak dosa banyak…bagi bank, vendor n decision maker kenyang perut ja….


    • Kereta mahal sebab duti eksais. Bukan sebab proton. Lain kali nak jadi basher, bagi la fakta betul sikit. Baru tak nampak dungu sangat.


      • tak kire…pasal nak jaga pet project TDM jugakla ramai suffer….ramai tanggung hutang…sapa yg kata Islamic Banking M;sia nie syariah compliance, pi lah buat research balik..selagi ada interest/riba dan tiada perkongsian risiko mmg tiada ertinya ‘islamic banking tu’..style ‘back door’ riba…dokumen jer tulis islamic tapi xde bezanya ngan banking yahudi…
        adalah tanggungjawab asas kerajaan untuk memenuhi keperluan asas :
        1) Tempat Tinggal
        2) Makanan/Minuman
        3) Pakaian
        4) Kenderaan yang sesuai
        5) Perubatan

        basic perumahan dan kenderaan pun dah mahal, maka gagallah tgjawab itu…dengan ini terpaksalah rakyat M’sia menanggung hutang yg byk utk memenuhi keperluan ‘basic’ tersebut….

        *BTW – Proton Per**** H.Li** Shipping Invoice value at 25K…byk kereta import (CBU Thai,Indo) baru declare value rendah drpd nie…mahal sgt ker komponen proton nieeeee


        • omanjedi,ni semua kerajjan patut sediakan ke?
          1) Tempat Tinggal
          2) Makanan/Minuman
          3) Pakaian
          4) Kenderaan yang sesuai
          5) Perubatan
          ni dh macam kt UK dah,tapi beza kat sana gst tax, incometax & corp tax sana sangat tinggi,sebab duit2 tax itu akan dialirkan ke perubatan percuma jgk

          pg study pasal taxation kt UK dulu, jgn jadik bengong


          • Omanjedi ni budak lagi ke? baru nk membesar kot…baca semua komen dia nmpak sgt cam tak matang


          • bukan sediakan…tapi bagi murah la…nothing is free….ko pandai sgt ker sampai pgl org bengong…sekolah takat mana nie?


        • xde guna nye bro ckap bnde2 nie semua kat sini.. org2 forum nie ade bias kat proton. bukan bro sorang je penah cakap bende2 nie, daripada dulu lg dah ade .. bukan sorang dua.. tp yelah mungkin terlampau bias 2 yg tak ramai nak komen sgt kat sini..


        • kalau cakap hang banggang sat lagi hang marah… tapi memang banggang pun… ada ka pasal cukai hang nak salahkan proton… cukai import bagi kenderaan luar dah dihapuskan lama dah dowh… yang ada cukai jualan kereta di malaysia… semua kena termasuk proton… ura2 mengatakan bila kerjaan PR memerintah mereka nak hapuskan cukai nie… kereta preve boleh jadi 40K++ ja… tapi harus diingat akan ada benda lain dinaikkan nanti… mungkin BLR bank negara (interest rate) akan naik… pusing ikot mana pun akan jadi mahal jugak… kalau semua nak bagi murah dari mana nak datangnya income negara… dari dulu suh belajar pandai2 berniaga takmooo… sekarang dok harapkan bantuan kerajaan,,, puuiihhhhhh…


  • Ada org yg concern pasal design, technology & specs. Ada juga yg tak kisah pun asal mampu milik, cantik dimatanya & tak byk dgr komplen padanya sudah memadai. Soal cantik tak cantik itu soal subjektif, tp pd pengamatan mereka2 yg memahami serta mengikuti perkembangan teknologi serta rekabentuk automotif sekarang adalah sesuatu perkara yg penting bg mereka. Utk menjadi satu jenama yg global, pengeluar kena seiring dgn citarasa mengikut trend. Bila dah masuk pasaran, org menilai berdasarkan kualiti piawai tertentu, rekabentuk moden, teknologi terkini, harga & sebagainya. Tp akhirnya berbalik pd pengguna sejauh mana kuasa membeli yg mereka ada.

    Setiap org masing2 ada penilaian tersendiri tp biarlah berasas & berdasarkn pengalaman yg telah dilalui…

    p/s : kalau dah suka, hat buruk pun nmpk cantik…tp kalau tak suka…cantik mcm manapun benci juge…hehe


  • omanjedi, sejak 2005, xda kaitan dh prtn dgn cukai penyebab kete lain mahal. Itu gov punya pasal. Cukai dh sama, xda advantage. Dh namanya afta. Afta bukan bermaksud xda cukai terus, cume xda cukai dagangan atau import antara negara asean. Cukai dalaman, atas kerajaan negara memasing, tp cukai mesti sama ngan tempatan punya produk. Harap paham. Jgn buta tuli ajek.


  • skrg Proton bermasalah kat PDI iaitu di Sijangkang dan Tg. Malim. Manager proton service tmpt sy mngadu, byk kete baru yg dah nak deliver kpd cust dihantar ke service centre sbb ade part2 yg problem, antaranya :

    -steering algnment lari,
    -door lock actuator x function,
    -handbrake longgar,
    -minyak brek kurang,
    -kemasan pemasangan bumber dan bonet yang tidak simetri (senget)
    -dll yg sepatutnya dapat dikesan semasa di PDI.

    klau dpt salesman yg jujur, diorg akan solve btul2 dulu sblum deliver, tp klau dpt kt salesman yg tak kisah semua ni, cmna? bile cust pkai, ade problem kuar masuk service centre diorang bising. nama proton jugak yg busuk. So kpd pihak yang terlibat, fikir2kanlah.. Jenama Proton ni maruah negara. jagalah ia elok2.


    • sokong..hopefully salesman lebih proaktif dgn pi pilih & test keter sendiri kat PDI Sijangkan tu..xleh salesman, rep dealer..asal2 mmg QC bagus, tapi dari 8 biji anto PDI, 6 kene reject standard checklist pun ‘direlakan’ untuk dilonggarkan untuk cater for sales…LEBIH BAIK X PAYAH outsource PDI tu


  • bro2 sekalian..
    pendapat aku je..
    nak kereta MURAH beli la kereta 2nd hand..
    kalu x mampu beli kereta baru..’BELI LA KERETA SEKEN HEN’
    reason
    1.kena tau nak repair
    kena tau kt mana jual part.beli yg murah dan original..
    kalu bole jgn beli kt servis centre..mahal wooo…
    basuk kereta sendiri..ni tidak..ari minggu je bertimbun org basuh kereta kt tepi jln..
    petua penjimatan ini dr BRO LAMBO…

    HEHEHE


  • Proton perlu ada “indentity” atau design language untuk model2 yang dikeluarkan, kalo mazda guna “kodo” design, powertrain bawah nama skyactive(walopon in term of technicalnya, hanya bape percent je yang btol2 nak amek tau, tapi naming tu pon da jadi daya tarikan mereka). Pada saya, kalo da ada satu design langunge, proton bole jimat masa in term of design model2 seterusnya, pendekatan ni da digunakan oleh mitsubishi, dan skang hyundai dan kia pon da guna teknik yang sama, dari compact segment to full sedan diorang gune “design languange” yang sama. di malaysia pon kita boleh perhatikan bagaimana ia dapat bagi impak pada pasaran semasa, even kita tak beli pon, bila kita tgk di jalan raya, we still admire the beauty of it. dan pada saya, masih ramai pemandu diluar yang tak kesah pon nak amek tau technical things, resale value, driving dynamics, asal kete lawa..

    I don’t have much issues on quality, but in term of reliability, proton has a long way to really stand out especially on new product. My sister’s savvy was a major headache, gearbox meninggal, my brother’s inspira, the paint on the hood peeled off, the ride become harsh dan rattle all around, fortunately still under warranty. my ofismate’s persona, ecu tebakor. Jauh beza jika nak dibandingkan dengan wira dan iswara yang da lebih 10 tahun my family pakai with no major issue, even cat pon masih elok.

    seterusnya adalah melibatkan keselamatan; pada saya bukan sekadar proton, tapi standard keselamatan yang diletakkan untuk kereta2 di Malaysia adalah masih ketinggalan. Kita masih bermain dengan perkataan ABS, dual airbag, collapsible stereng wheel, reinforced chasis; these are the things that prevent from getting serious injury in the event of collision. We have to move forward to standardize the equipment that meant to be avoiding the collision/unwanted maneuver to happen. As for now, only preve baru ada ESP. di luar negara, macam2 da de, ESP, TVC, presafe braking, pedestrian pon da dapat airbag (volvo), city stop braking to prevent rear end collision, auto/static bending light, lane safety detection etc.

    I’m sorry if my opinion doesn’t suit your perspective. I also drive a proton, all i want is for them to step up and do something so. I love my wira, i do hope when the time come to replace it, i got a model that wont disappoint me.


    • I agree with the above statement..Proton have to accept responsibility as a car company to provide a safe car for its users…we critize with intention for them to continually improve their standards, bukan jual kerete syok sendiri…..aku start kritik proton kerana aku frust ngan standard proton yg aku tgh pakai sekarang, nak let go hutang byk lg…pi masuk COE berapa kali, byk sgt problem…sekarang lock pintu pun xnak turun daaaa…proton..proton…
      sapa yg defend proton sgt tu mai la beli keter aku…satria neo cps 2010..put your word where your mouth is…


  • pada saya, kebanyakan pengguna beli proton atau produa bukan kerana mereka benar2 nak proton atau produa, tapi kita takde choice, kereta luar sememangnya overpriced, thanks to whatever they call as taxes. Di sini saya ingin timbulkan pertanyaan, adakah kereta proton/produa di Malaysia murah sebenarnya?..pada saya tidak..jika dibandingkan dengan harga kereta luar memang ya, tp jika dilihat dari sudut kita sebagai penduduk Malaysia, I have to say that OUR car is superbly overpriced. Dengan tangga gaji kebanyakan penduduk yang berkisar RM3000 sebulan (i’m afraid a lot of us still under RM3000 a month), ramai yang tiada pilihan, amek loan pon 9 tahun, and i’m seriously wondering, why the f*** the interest for OUR NATIONAL car is so high?..saya pernah pegi showroom, konon2 nak tgk saga FL, bile tanye interest, 4.1%…gilo..in the end of 9 years, I lost 15K just for the interest of RM40K car. at least bagi la some sort of incentives untuk local car buyer.

    Back to topic; kereta kita tak murah. Let us put a situation IF we play FAIRLY with outside car. Toyota Altis will be around 70K in the market, new honda civic will be also come more or less to that figure, do we still think that our 70K preve murah?

    jika benar proton mahu berdaya saing, Proton perlu bertindak seolah-olah mereka tidak dilindung oleh sistem cukai sedia ada. mereka perlu letak preve benar2 setanding dgn altis/civic, mereka perlu hasilkan saga lebih baik dari vios/city.

    again, saya tidak berniat nak jadi proton basher. I spent most of my time on the road, I travel a lot, that my nature of my work. 10,000km easily done in 3 months. my 14 years old wira does a great job eating those kilometers without a single broke down. I need reliability as my top priority. I’m sad when i saw my younger colleagues suffer a lot with their car. dok masuk bengkel je kojenye, especially waja. thats make me think twice to let go my wira. last but not least, dear proton, bagi la dashbord kete2 baru anda nt yang soft touch sket, sian anak sedara aku lebam dahi terhantuk dashbord. plastik keras macam batu.


      • kalo x silap ada beza 10%..tapi imported car shipping invoice value selalu kurang dari proton jadi bayar total duty lebih kurang proton..importer sepatutnya boleh jual lagi murah tapi ambik kesempatan pasal kualiti proton, buyer tetap ada (except naza yg pricing mmg OK dgn kadar duty yg dibayar)..tu la aku kene jadi basher proton buat sementara waktu sehingga proton improve quality dah quantity sales meningkat dah importer terpaksa turun harga nak cari sales. tq


  • Sebagai pemilik salah satu kereta proton yang terbaru, saya cadangkan agar DRB-HICOM & Proton memberikan juga tumpuan kepada kualiti after sale service. Banyak lagi yang boleh ditambah baik. Contohnya, yang sering masalah kepada pengguna proton:
    1. Susah nak telefon COE untuk buat appointment. Tak ada orang angkat.
    2. Pre & post car delivery checking untuk service & repair kereta jarang dibuat. Empat tempat saya dapati ia berlaku dengan saya. COE, Puchong, kajang & service centre baru jalan pahang. COE : tiada post car delivery check. Pada saya checking ini penting bukan sahaja utk customer, tetapi juga utk kepentingan branch & dealer. Untuk selamatkan diri sendiri. Jaminan untuk bagi bukti calar, kotor atau pecah bukan kerana workmanship yg teruk. Jangan lah hanya kerana SA nak mengejar bilangan customer served monthly & dpt SA of the month, semuanya di short cut kan.
    3. Staff yang moody & bermasam muka. Pengalaman saya acap kali di COE. Begitu juga observation saya bagaimana sikap hampir majoriti staff front line COE. Begitu juga puchong. Terima kereta langsung tak ada senyum, apatah lagi nak beramah mesra. Sudah lah appointment susah nak dibuat, bila nak bagi kereta bermasam muka pula. Aduhai. Kadang2 kami faham ada customer yang memang stingy & cerewet tahap tak bleh blah, tapi bila dah habis berurusan dengan customer sebegitu, janganlah terbawa-bawa rasa amarah & bengang terhadap customer yang seterusnya. Sikap profesionalisme sangat penting dalam situasi sebegini untuk menjaga imej proton. Kerana aftersales service yang baik lah yang dapat mengekalkan customer. Nota: saya kerja di hospital & percayalah, lebih banyak pesakit & sedara maranya yang lebih stingy dan cerewet bila diketahui mereka ini ada sakit yg kritikal. Tapi sikap profesional mesti kena jaga. Takkan hanya kerana ada perlindungan kerajaan jadi boleh ambil sikap sambil lewa?
    3. Layan setiap pelanggan seolah-olah setiap pelanggan tahu selok belok tentang kereta. Dengan kata lain atau agak kasar (maaf ye), janganlah anggap kami ni bodoh sangat. Perkara ni berlaku pada saya sendiri. Bila ditanya, jawabnya hanya acuh tak acuh & pusing-pusing. Aduhai… Sedangkan saya sendiri tahu sedikit sedikit tentang kereta juga. Paling kurang, janganlah pusing-pusing. Kami pun tahu utk call service centre proton yg lain utk double check fakta. Kalau tak tahu, kata saja tak pasti & cari staff lain utk confirm fakta. Biar jujur, kami boleh terima.
    4. No hanky panky please. Pernah terjadi, kereta kemalangan & tersadai di bengkel proton. Tapi tiba-tiba dapat panggilan dari customer service bertanya tentang bagaimana dengan kualiti perkhidmatan bengkel yg sama setelah kereta dihantar service di situ. Apakah ini? Nampak sangatlah ada yang servis kereta sendiri & guna atas nama kereta yg kemalangan & atas kosnya. Mana pergi konsep dan pemahaman keberkatan dalam mencari rezeki? Rata-rata pekerja proton beragama Islam, tapi jangan lah begini. Kalau diteruskan begini, macam mana nak kehadapan. Belum lagi aspek yg lain2 ni. Keluar minum yg kerap dsbnya.
    5. Iktiraf & tanamkan keyakinan dalam setiap foremen bahawa kerjaya foremen adalah satu kerjaya yang profesional. Ada masyarakat yang beranggapan foremen2 ni banyak yg school dropouts atau mereka yg tak berapa nak excel dalam akademik. Tapi saya beranggapan sebaliknya. Lebihkan motivasi & beri peluang kepada setiap foremen utk belajar skil-skil baru & tanamkan keyakinan bahawan mereka adalah foremen yg paling berkelayakan. Berikan self confidence & kerendahan diri kepada foremen bahawa mereka yg terbaik terpilih utk mengendalikan kereta proton dipusat2 proton. Dalam masa yg sama imej foremen harus dijaga utk menjaga imej proton. Ada foremen yg saya temui di COE yg memakai rantai tebal & rambut bercacak2 perang warnanya yg mengendalikan kereta saya. Tapi lebih ramai juga yang kemas & berperwatakan baik, syabas! Boleh improve lagi.
    6. Tuliskan dengan jelas kaunter pendaftaran, cashier & kaunter mana utk serahkan kunci. Acap kali saya ke banyak proton branch & COE, saya tuju ke kaunter 1, rupanya kena register di kaunter 6. Macam mana ni? Label dengan jelas. InsyaAllah pelanggan tak hangin. Small things matters.
    7. Penat ni nak taip. Kalau saya tak sayang proton, saya tak taip panjang2 macam ni. Baik saya tido je dah malam macamni. Lantaklah apa nak jadi. Tapi kerana sayangkan proton lah saya gagahkan juga.
    Harap ada perubahan. Produk global. Tapi kualiti khidmat pelanggan wajib juga global. Takkan nak terus ditangga terbawah & dibawah perodua dalam aspek customer service?
    Doa saya utk proton…
    InsyaAllah.


  • Share skit… 2 hari lepas sembang dgn kawan lama jadi taukey pusat servis proton. Sejak DRB ambilalih dan kemungkinan besar vendor lama akan diserap semula, maka penyakit lama proton akan membarah semula…1Malaysia tahu masalah power w….w. Btui ka?

Leave a Reply