ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Sportage menang Anugerah Kenderaan Ideal AutoPacific 2017

Views

SUV dengan rekabentuk yang menawan, Kia Sportage telah berjaya menggondol Anugerah Kenderaan Ideal AutoPacific (IVA) 2017 dengan mendapat markah tertinggi dalam kategori Crossover SUV Kompak. Ia juga merupakan pengiktirafan kali kedua untuk model Sportage selepas menerima Anugerah Kepuasan Kenderaan (VSA) pada musim panas yang lalu.

IVA adalah berdasarkan maklum balas daripada lebih 54,000 orang pemilik model baharu tersebut keluaran 2016 dan 2017 dengan mengambil kira 90 hari pertama pemilikannya. Kaji selidik nasional tersebut memfokuskan kepada 15 kategori utama termasuklah apa yang perlu dipertingkatkan pada kenderaan mereka, seperti pemanduan dan pengendalian, ruang penyimpanan, ciri-ciri keselamatan, kuasa dan pecutan serta teknologi. Kenderaan yang paling kurang mendapat permintaan untuk dipertingkatkan akan muncul sebagai pemenang IVA.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply