Adakah ini Proton Suprima S Refinement? Rakan kami Amir Zaheen Minhaj baharu sahaja terserempak dengan kelibat sebuah unit ujian Suprima S berwarna Carnelian Brown dengan bumbung, spoiler belakang dan bar atas nombor plet dicat warna hitam. Rim sukannya dengan rekaan baharu juga kelihatan lebih besar dan Suprima S ini menggunakan plet perdagangan.
Mungkinkah Proton akan memperkenalkan Prevé dan Suprima S Refinement secara serentak tidak lama lagi? Kami jangkakan kedua-dua model yang diperhalusi ini akan diperkenalkan sebelum akhir tahun 2017. Selain warna badan dua tona, Prevé dan Suprima S Refinement akan mendapat pakej NVH yang lebih baik dan senyap, penggunaan tiga cagak enjin, warna baharu dan berkemungkinan enjin CamPro IAFM digugurkan dari senarai penjana kuasa (untuk model Prevé) dan tinggal hanya enjin 1.6 liter turbo sahaja.
Untuk unit Hos Penyejuk Enjin (OCH) yang baharu kami belum pasti sama ada ujian tersebut telah selesai menjalani ujian ataupun masih diuji lagi. Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI