ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS13 lantik MAYBANK sebagai pembiaya rasmi, pelanggan berpeluang menangi Volkswagen Beetle!

Views

Unvealing of Car Prize

Baru-baru ini Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS13) yang dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) semakin rancak membuat persiapan menjelang pembukaannya dari 15 hingga 24 November di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setelah melantik AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi KLIMS13, penganjur kali ini memeterai perjanjian dengan Maybank dan Volkswagen Group Malaysia (Volkswagen).

Maybank dilantik sebagai “Pembiaya Rasmi” KLIMS13 dan Volkswagen yang akan menaja sebuah kereta Beetle untuk seorang pelanggan bertuah Maybank yang mengunjungi KLIMS13. Hadir pada majlis bersejarah tersebut ialah Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA; Encik Hamirullah Boorhan, Ketua Kewangan Pengguna Maybank; dan Dr Zeno Kerschbaumer, Pengarah Urusan Volkswagen.

Perkongsian dengan Maybank sebagai Pembiaya Rasmi adalah termasuk peruntukan tiket-tiket percuma untuk pelanggan Maybank yang terpilih serta pemegang kad Maybankard dan Amex untuk mengunjungi KLIMS13. Satu kempen di seluruh negara bagi mempromosikan peraduan Maybank dan Volkswagen untuk KLIMS13 akan dimulakan melalui saluran dan rangkaian pengedaran Maybank yang luas di samping platform media sosial KLIMS13. Maybank akan berada di KLIMS13 untuk menawarkan para pengunjung pakej pembiayaan dan perkhidmatan yang menarik.

Signing Ceremony

Penyertaan Volkswagen di KLIMS13 adalah sebahagian daripada komitmen jenama tersebut untuk membawa pengalaman jenama eksklusif ini kepada orang ramai. Terdapat pelbagai tawaran dari Volkswagen seperti portfolio produk terbaru serta teknologi dan inovasi di ruangan 1,100 meter persegi yang ingin di kongsikan bersama pengunjung KLIMS13.

KLIMS yang diadakan setiap tiga tahun akan melaksanakan pameran paling luar biasa tahun ini. KLIMS13 menyediakan pentas terbesar dan terhebat di negara ini untuk pelbagai model kenderaan, kereta berprestasi tinggi dan kereta konsep. KLIMS13 akan berlangsung dari 15 hingga 24 November 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pameran permotoran ini dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia dan diuruskan oleh Interexpo (M) Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.klims.com.my. KLIMS13 kini boleh didapati di media sosial – Facebook (www.facebook.com/klims13), Twitter (www.twitter.com/klims13) dan Pinterest (www.pinterest.com/klims13).

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply