ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan NAZA jemput anda ke Merdeka Auto Fair 2016 hujung bulan ini

Views

Kumpulan NAZA  akan menganjurkan Merdeka Auto Fair 2016 sempena meraikan ulang tahun yang ke-59 kemerdekaan negara. Pelbagai tawaran hebat akan ditawarkan dan karnival ini akan bermula dari 31 Ogos sehingga 4 September 2016, dari jam 10 pagi hingga 7 malam bertempat di Naza Automall, Petaling Jaya.

Tawaran hebat bukan sahaja untuk model kenderaan mewah terpakai yang dibaikpulih dari Naza Motor Trading, tetapi juga untuk jenama jenama yang berada di bawah Kumpulan NAZA seperti Ferrari, Maserati, Brabus, Mercedes-Benz (di bawah NZ Wheels), Chevrolet, Citroen, Peugeot, Kia, Perodua (di bawah Naza Mekar), Indian, Victory, Harley-Davidson, Ducati, Vespa, Aprilia dan Naza Bikes.

Selain itu Naza Coverage dan Naza Credit and Leasing turut akan membuka gerai pameran mereka di sana selain Maybank, AmBank dan Public Bank. Pelbagai aktiviti akan turut dilangsungkan seperti peraduan yang membolehkan pengunjung memenangi hadiah hadiah yang menarik seperti “Beli dan Menang” yang menawarkan sebuah motosikal Ducati Panigale sebagai hadiah utama dan lima unit Vespa LT150 sebagai hadiah saguhati.

Sesi cabutan bertuah juga akan dibuat dan pengunjung bakal memenangi gajet iPad Air 2 dan beberapa hadiah berjenama yang lain. Aktiviti lain termasuklah persembahan pentas, pertunjukan Car-of-the-Day dan Bike-of-the-Day, trak makanan, peraduan Instagram,peraduan mewarna kanak kanak, seni pasir, mewarna muka dan belon percuma.

Sempena dengan karnival itu juga, Naza Bikes akan melancarkan model terbaharu mereka selain pameran model trak pikap cab-kembar Chevrolet Colorado serba baharu dan Startech Land Rover dari Brabus. Kenderaan yang yang lain juga akan turut dipamerkan termasuklah Scrambler Ducati baharu, Harley-Davidson CVO Pro Street Breakout, Roadster 1200CX dan Softail Slim S serta Vespa S125.

Bagi peminat stesen radio Kool FM dan Hot FM pula, krew mereka bakal membuat lintas langsung di sana. Jangan lepaskan peluang ini, jom ramai ramai kita ke sana!

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply