ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan tidak selamat

Views

Laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan memang terbukti tidak selamat dan keadaan ini bakal mengundang bahaya serta mengancam nyawa penunggang motosikal yang menggunakannya sebagai laluan harian. Pelbagai cerita kedengaran mengenai keadaan laluan tersebut seperti laluan yang sempit,  kualiti turapan jalan yang tidak memuaskan, air yang bertakung, terowong yang gelap, serpihan pembinaan di atas jalan, penukaran arah tidak terancang, dan pelbagai lagi masalah sering diungkit, namun masalah tetap berbangkit.

Jika mahukan bukti memang dah terlalu banyak sehinggakan rakan rakan media kami yang lain seperti
PaulTan.org, i-moto.com.my dan Autofreaks.com sanggup turun padang untuk mengalami sendiri situasi tersebut dan mereka mengakuinya. Sebenarnya isu ini telah dibangkitkan sejak tahun yang lalu melalui video yang dimuatnaik ke laman Facebook, Muhammad Azree namun sehingga kini mimpi ngeri tersebut masih belum berakhir.

Mungkin ada sedikit sinar harapan bagi pengguna laluan tersebut kerana sejak Jun tahun ini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah memulakan kaji selidik secara online dengan sasaran untuk mengetahui tahap kepuasan dan faktor yang mempengaruhi keputusan pengguna kenderaan tersebut di rangkaian lebuh raya utama termasuklah di Lebuhraya Persekutuan.

borang kaji selidik - lorong motosikal

Untuk mengisi Borang Kaji Selidik tersebut klik pautan ini

Kami berharap dengan adanya inisiatif dari MIROS ini, akan ada tindakan dengan segera oleh agensi yang berkaitan. Sudah semestinya isu ini akan ditangani secara berperingkat, namun tindakan awal perlu diambil demi memastikan keselamatan pengguna laluan motosikal di rangkaian lebuh raya utama termasuklah di Lebuhraya Persekutuan tidak lagi terancam dan mereka dapat menunggang dengan lebih selamat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply