ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lamborghini tertayang imej Urus secara tak sengaja

Views
2018 Lamborghini Urus 'Corsa' Driving Mode

Lamborghini secara tidak sengaja tertayang imej Urus dalam video iklan acah terbaharu mereka. Tetapi tindakan pantas pihak Lamborghini menarik balik video tersebut dari saluran YouTube sebelum ia tersebar lebih meluas, namun The Wheel Network lebih pantas memuat turun video tersebut dan memuat naiknya kembali ke YouTube.

Urus masih mengekalkan bentuk asal model konsep awalnya yang dipertontonkan lebih 5 tahun dahulu, tetapi merombak rekaan hadapan supaya nampak lebih dramatik dengan lampu hadapan yang berbeza dan rim aloi yang lebih besar. Klip video iklan acah Urus yang berdurasi 33 saat itu sebenarnya mahu penonton untuk menyaksikan mod pemanduan Corsa, yang paling ekstrem dari enam mod kesemuanya termasuklah Strada, Sport, Sabbia (Pasir), Terra (Tanah), dan Neve (Salji).

Pengenalan rasmi Urus bakal dibuat pada 4 Disember ini sebelum membuka tempahan sejurus selepas itu. Unit pertama akan mula dihantar kepada pemiliknya di seluruh dunia pada musim panas tahun depan. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply