ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih ramai pengedar Proton menaiktaraf kepada 3S dan 4S

Views

Positif dengan masa hadapan Proton, sejumlah 10 pengedar lagi telah bersetuju untuk menaik taraf cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan perkhidmatan yang terbaik. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, sejak beberapa bulan kebelakangan ini lebih banyak pengedar yang turut serta untuk bersetuju menaiktaraf cawangan masing-masing.

Dr. Li juga menambah bahawa peluang di Proton adalah banyak, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar. Proton kini berada di landasan kukuh untuk menaikkan jenama tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu Proton turut menyediakan skim sokongan insentif pengedar yang terbaik dalam industri.

Positif dengan jenama, pengedar sedia ada mengambil peluang untuk berkembang bersama Proton. Bagi Mohd Khairul Idzwan, dari Rohamas Autoservices, syarikatnya menaiktaraf cawangan kepada 4S untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Mereka juga tidak sabar menunggu model-model baharu Proton yang mampu menandingi jenama lain dari segi harga yang lebih murah, kualiti yang lebih baik dan reka bentuk yang lebih menarik.

Model SUV yang bakal diperkenalkan ke pasaran akan memenuhi keperluan kebanyakan rakyat Malaysia. Kejayaan pada sesebuah kereta yang dijual bergantung kepada 10 (sepuluh) faktor yang terdiri daripada ketahanan, keselesaan dalaman, gaya luaran, ketelitian kerja, kualiti, kemudahan pengedar (pusat sehenti), prestasi, teknologi terkini, reputasi syarikat serta keselamatan.

Bagi Rozlan Abdul Manaf dari Wasilah Global Sdn Bhd, yang telah berada dalam perniagaan auto selama lebih sepuluh tahun, beliau percaya bahawa, Proton kini menuju ke destinasi yang betul dan ini memberikan kita keyakinan untuk meneruskan pelan untuk menaiktaraf. Model-model baharu dan menarik hasil daripada perkongsian bersama Geely sudah tentu akan menarik minat pasaran untuk kereta Proton.

Sejak Geely menjadi rakan niaga, syarikat tersebut telah membawa penilaian kualiti berdasarkan piawaian global yang sama seperti digunapakai di Volvo. Ini terbukti berdasarkan audit Geely baru-baru ini di mana kualiti telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. SUV Proton yang bakal dikeluarkan mempunyai kualiti bertaraf dunia yang dikuasai oleh teknologi canggih serta ciri-ciri moden.

Bagi Philip Jason How Eng Thye dari Regal Motors Holdings Sdn Bhd pula, cadangan untuk menaiktaraf cawangan datang dengan sendiri di mana kami sebagai pengedar, bukan sahaja menjual kereta tetapi turut menyediakan pengalaman holistik kepada pelanggan yang merangkumi perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Proton juga telah membangunkan salah satu skim insentif sokongan pengedar yang paling kompetitif, untuk menarik pengedar sedia ada bagi menaiktaraf cawangan mereka menjadi pusat sehenti, dan juga untuk menarik pelabur baharu untuk menjadi pengedar.

Ryan Lai dari LHM One Stop Car Service Centre, berkata, skim sokongan insentif pengedar bukan sahaja menyokong mereka dari segi subsidi kewangan, ia juga menyediakan garis panduan yang jelas mengenai apa yang perlu ada pada cawangan pengedar. Cawangan baharunya akan menjadi tiga kali ganda lebih besar dengan ruang menunggu yang selesa serta ruang untuk keluarga dan kanak-kanak bagi pengalaman pelanggan yang lebih sempurna.

Sepanjang bulan ini, Proton turut menawarkan diskaun sehingga RM13,888* untuk model-model yang terpilih sehingga 31 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian perkhidmatan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada kami di [email protected]. Layari www.proton.com atau halaman rasmi Facebook www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau muat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, menerusi Google Play dan Apple App Store untuk mendapatkan info mengenai promosi terkini dari Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply