ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenalkan aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+

Views

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ yang membolehkan ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewaan mereka di mana-mana sahaja. Aplikasi kesetiaan baharu ini akan mewujudkan integrasi e-bayaran, perkhidmatan pembiayaan, dan akses kepada acara istimewa serta pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah dan lancar.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, pada tahun ini sahaja, terdapat lebih kurang 20.96 juta pengguna telefon pintar dan peranti mudah alih di Malaysia. Dengan aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, syarikat mahu mendigitalkan produk, perkhidmatan dan titik sentuh supaya hubungan yang lancar dapat diwujudkan dengan kesemua pelanggan.

Pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad juga akan merasai pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia melalui akses menyeluruh terhadap kesemua ciri BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi ini, halaman capaian akan dipaparkan lalu mereka boleh meneliti dan membuat pilihan di ruangan menu.

Terdapat beberapa fungsi pilihan seperti akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membolehkan pelanggan menggunakan kad kesetiaan mereka terus dari peranti mudah alih atau telefon pintar mereka. Aplikasi ini juga akan membekalkan pengguna dengan informasi yang terkini berkenaan tawaran keistimewaan pelanggan dan acara yang menarik.

Maklumat pembiayaan pengguna juga boleh diuruskan dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini. Pelanggan akan mempunyai akses segera terhadap semua kontrak mereka dan transaksi boleh dilakukan dengan mudah melalui e-bayaran, kemudahan pembayaran ini adalah ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.

Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan. Tambahan lagi, berita dan perkembangan terkini mengenai model kenderaan terbaharu daripada BMW Group boleh didapati melalui aplikasi tersebut. Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ kini terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.

Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia juga merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun oleh MINI serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Ultimate Protection Program+ (UPP+) ihsan BMW Financial Services Malaysia dan ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan keahlian program BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Jika diteliti range kereta Geely semasa, rata2nya adalah dari segmen C & D. ini mungkin disebabkan pengaruh tech transfer dari Volvo. Emgrand dan Boyoue antaranya. Saya masih tak nampak sinergi produk2 sedia ada Geely yang boleh dimanfaatkan ‘sepenuhnya’ oleh Proton bagi pasaran Malaysia mahupun RHD.
    Sebagaimana result penjualan terkini Proton, best seller mereka adalah dari segmen A dan B iaitu Saga dan Persona. Saya rasa bagi jamin kejayaan Proton yang tinggi Geely perlu mempergunakan Proton bagi segemen A & B manakala segmen C & D serah sahaja kepada Geely. Dengan cara ini ialanya lebih efisien dan fokus kepada pasaran.
    Bagi demografik orang Malaysia pula, mereka tidak sesekali akan keluarkan lebih daripada RM70k untuk kereta tempatan, kerana bagi mereka dengan julat harga begitu mereka boleh dapatkan kereta badge T & H walaupun spek lebih rendah. Satu perkara yang perlu diambilkira oleh pengurusan baru Proton & Geely.

Leave a Reply