ARKIB

KATEGORI

Buletin

Li Chunrong sertai Geely – Bakal dilantik CEO baharu Proton?

Views

Berita Harian melaporkan Li Chunrong, bekas ahli Lembaga Pengarah dan Naib Presiden Eksekutif Dongfeng-Honda Engine Co Ltd, telah secara rasminya menyertai Geely dan spekulasi kini semakin bertiup kencang yang beliau bakal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Beberapa portal automotif seperti China Automotif Review dan Gasgoo pula melaporkan, Dongfeng Automobile kehilangan dua tokoh besar, Chunrong dan Che Yanhua akan menyertai Geely.

Difahamkan pada 21 Ogos lalu, Chunrong secara rasminya menyertai Geely dan akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton, namun pegawai Geely enggan memberi sebarang komen mengenai spekulasi media tersebut. Chungrong berpengalaman selama 30 tahun dengan Dongfeng Automobil dan beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah bagi Lembaga Pengarah Dongfeng, Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Yueda KIA Automobile Ltd Co, Pengawal Selia Dongfeng Group, Pengurus Besar Bahagian Kereta Penumpang Dongfeng dan baru saja dilantik sebagai Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekusif Dongfeng Honda Engine, pada Julai lalu,

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, pula berkata kerajaan tidak campur tangan dalam soal pelantikan individu untuk mengetuai Proton dan segalanya terserah kepada Lembaga Pengarah syarikat. Beliau menegaskan, Proton masih kekal berstatus syarikat Malaysia walaupun melantik warga asing untuk menerajui syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply