ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Apa yang perlu anda buat sekiranya pedal minyak kereta anda tiba-tiba tersekat?

Views
Do Or Die Episode 1 Raging Bull Part 2

Lima tahun lalu, seorang wanita telah mengalami situasi yang boleh meragut nyawa ini ketika sedang memandu Kia Sorento miliknya yang ketika itu memecut pada kelajuan hampir 193 km/h di lebuh raya Interstate 35, Missouri. Syukur kerana wanita tersebut terselamat dan berjaya melepaskan pedal minyak yang tersekat itu. National Geographic telah membuat satu video khas mengenai perkara tersebut dan bertanya kepada penonton apa yang perlu mereka perlu lakukan sekiranya berada dalam situasi yang sama.

Ada tiga pilihan yang anda perlu buat jika perkara tersebut berlaku :

  1. Gunakan brek kecemasan (tarik brek tangan).
  2. Tukar gear kepada Neutral (jika kereta menggunakan transmisi automatik).
  3. Matikan enjin kereta.

Jika anda menggunakan kereta dengan transmisi manual, anda hanya perlu menekan cekam (klac) dan kereta anda akan berhenti memecut. Untuk transmisi automatik, anda perlu menukar gear kepada Neutral kerana ini merupakan pilihan terbaik, namun wanita yang memandu Sorento itu telah mencubanya tetapi ia tidak berhasil.

Jadi, mungkin pilihan lain seperti menarik brek tangan atau mematikan enjin mampu membantu anda mengawal kereta, tetapi anda boleh juga cuba menukar gear kepada Neutral. Namun jika anda bernasib baik, cara yang terbaik adalah memikirkan cara untuk melepaskan pedal minyak yang tersekat walaupun ianya agak sukar dan sudah pasti anda akan panik pada ketika itu.

Speeding Out of Control | Do or Die

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply