ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Evora krom di Movie Fiesta

Views

THE HOST2

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan lagi untuk melihat sendiri secara dekat Lotus Evora krom, anda masih boleh berbuat demikian kerana kereta tersebut sedang dipamerkan di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara. Ini juga bersempena dengan Movie Fiesta yang buat kali ketiga diadakan anjuran bersama IPC Shopping Centre dan Cinema Online yang bermula sekarang sehingga 28 April 2013.

Pada 13 April yang lalu, Lotus Evora krom telah membuat kemunculan di IPC Shopping Centre bersama beberapa buah model Lotus yang lain pada jam 12.30 hingga 2.00 petang. Ia juga bersempena dengan pelancaran filem ‘The Host’ dan pengunjung bertuah berpeluang memenangi baucar ekslusif “Evora Dynamic Drive” yang bernilai RM1000 setiap satu. Lima pemenang bertuah akan dipilih untuk merasai kehebatan Lotus Evora krom di Litar Antarabangsa Sepang.

THE HOST1

Lotus Evora krom yang dipamerkan di Pavilion KL dan IPC Shopping Centre serta Perhimpunan Terbesar Konvoy Lotus di Pavilion KL adalah anjuran bersama Lotus Cars Malaysia dan Nusantara Edaran Filem, telah dihadiri oleh Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebanyak 70 buah model Lotus yang lain juga berjaya dihimpunkan bersama Lotus Evora krom untuk berkonvoy ke majlis tayangan filem tersebut.

‘The Host’ yang diadaptasikan dari novel nukilan Stephenie Meyer dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Diane Kruger, Saoirse Ronan, Max Irons, dan Jake Abel. Untuk makluman, filem ini sedang ditayangkan dan Lotus Evora krom telah digunakan dalam produksi filem ini. Jika anda ingin melihat aksi Lotus Evora krom di layar perak, jangan lepaskan peluang menonton filem ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply