ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya 4 unit Nissan X-Trail terlibat untuk Kempen Servis

Views

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
* Gambar sekadar hiasan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar tunggal dan pemasang model Nissan mengesahkan hanya 4 unit (CBU) Nissan X-Trail terlibat untuk Kempen Servis sempena penarikan balik secara global beberapa model seperti Nissan Cube, X-Trail, Maxima dan Teana. Sejumlah 480,000 unit yang telah dikeluarkan pada Ogos 2000 hingga ke Januari 2004 telah terbabit dengan penarikan balik tersebut.

Unit (CKD) tidak terjejas kerana penarikan balik itu yang disebabkan oleh masalah beg udara untuk penumpang hadapan. Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen ini sila hubungi talian bebas tol 1800-88-8368. Upah dan alat ganti bagi kempen ini akan diberi secara percuma.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply