Setelah lama menyepikan diri, akhirnya kini Lotus kembali beraksi dilayar perak dalam filem terbaru ‘The Host’yang ditulis oleh Stephanie Myer, pengarang ‘The Twilight Saga’. Kali ini beberapa buah Lotus Evora akan beraksi dan menunjukkan kehebatannya dalam filem yang dinanti-nantikan itu.
Filem ini dibintangi oleh Saoirse Ronan dan watak jahatnya pula dilakonkan oleh aktress Hollywood Diane Kruger. Beberapa buah Lotus Evora telah dibalut dengan pelekat khas berwarna krom dan dilengkapi dengan kesan khas pencahayaan.
Sebelum ini Lotus telah muncul dalam beberapa buah filem termasuk dua filem ‘Bond’ – ‘The Spy Who Loved Me’ yang menggunakan Lotus Esprit yang boleh berubah menjadi sebuah kapal selam selain muncul dalam sebuah lagi filem yang berjudul ‘For Your Eyes Only’. Selain itu kereta Lotus juga digunakan dalam filem ‘Pretty Woman’ lakonan aktress Julia Roberts dan juga filem ‘Basic Instinct’ lakonan Sharon Stone.
Nantikan tayangan filem ini yang bermula pada 22hb Mac di seluruh dunia!
Terbaik.
Dengan ini ia dapat beri satu kesedaran dalam jenama (brand awareness) dan penjenamaan (branding) bagi Lotus, sepertimana filem Transporter dan Iron Man menggunakan kereta Audi, MI:4 dengan BMW i8 dan sebagainya.
Apa salahnya jikalau filem-filem tempatan menggunakan kereta nasional seperti Proton Preve (Sapphire Concept) dalam filem aksi mereka. Tapi mestilah, orang baik yang pakai….
patutnye Proton selit sekali dlm filem tu.. hehe
aikkk… baru nak keluar berita ke bro?… hihihi.. I have highlighted to you on 20/3/2013.. 🙂
I beleived that it was idea of danny bahar…
btw, berita detroit electric tak nak keluarkan ke? sebelum jadi basi… 🙂 coz ada berkaitan ngan lotus & juga proton….
http://www.motorauthority.com/news/1083000_detroit-electric-to-debut-all-electric-sports-car-in-april
p/s: I love this blog and I want to see it more successful than other local auto blog (ie paultan.org, cbt.com.my, arenakereta.com)
bukan tak nak release cepat, masa tu belum ada yang rasmi lagi, yang ni dari media release rasmi dari lotus…
Bro, saya rasa tak perlu tunggu kenyataan rasmi dari mana2 pihak… janji biar ada rumors yg menyakinkan… & pada pendapat saya function blog kereta adalah menghebahkan berita2 sensasi berita2 auto semasa… kalau nak tunggu kenyataan rasmi, jawapan nyer jadi basi lah berita tu… 🙂
cheers bro..
betul jugak tu, thanks bro 😉