ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA Quest dan MBSB jalin kerjasama strategik

Views

IMG_003

NAZA Quest Sdn Bhd telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) untuk perkongsian strategik pembiayaan kenderaan di Pusat membeli-belah 1-Utama. Pada majlis itu, En. Norzahid Mohd Zahudi, Ketua Pegawai Operasi, NAZA Quest Sdn Bhd berkata “Pakatan strategik yang sedang berlaku antara kita dan MBSB adalah permulaan yang baru untuk pelanggan Chevrolet. ”

“MBSB dipilih kerana mereka merupakan salah satu daripada penyedia perkhidmatan kewangan terbesar dan paling mantap di Malaysia dengan rangkaian cawangan yang luas di seluruh negara. Kerjasama dengan MBSB akan membuka rangkaian khusus untuk sektor awam selain memperluaskan kehadiran jenama kami untuk kakitangan kerajaan. ”

Pakej tersebut ditawarkan untuk para pelanggan membeli mana-mana model Chevrolet yang ada seperti Captiva, Cruze, Colorado, Orlando dan Sonic. Bersempena dengan kerjasama itu juga, MBSB mengumumkan pelancaran pakej “MBSB Auto Ultimate”. Dalam ucapannya, En. Azman Aziz, Naib Presiden Kanan Perniagaan Runcit MBSB menjelaskan bahawa perkongsian strategik bersama NAZA Quest, mereka akan menawarkan pakej pembiayaan yang berpatutan kepada pelanggan. Ia akan berdasarkan skim bayaran berperingkat untuk beberapa tahun pertama dan ia akan meningkat secara beransur-ansur sepanjang tempoh pembiayaan. Ini akan membolehkan pelanggan MBSB untuk menguruskan komitmen kewangan mereka. ”

NAZA Quest Sdn Bhd kini sedang meluaskan rangkaian pengedar mereka tahun ini dengan pusat 3S untuk perkhidmatan pelanggan di seluruh negara. Dengan pelan pengembangan ini ia akan menjadi tahun yang sangat menarik untuk NAZA Quest dan MBSB.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply