ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus mungkin pertimbang untuk bangunkan kereta sport EV, namun lebih berminat kepada SUV

Views

Masihkah anda ingat lagi pada idea SUV pertama dari Lotus? Setahun yang lalu CEO Lotus, Jean-Marc Gales pernah berkata syarikat yang berpangkalan di Norfolk itu sedang membangunkan crossoverrevolusi’ lima-pintu, manakala Proton, Kumpulan Lotus, dan Goldstar Heavy Industrial telah pun menandatangani projek bernilai 10 bilion yuan (1.5 bilion Dollar) untuk membina kilang pemasangan di China yang berkemungkinan untuk SUV tersebut pada masa depan.

Lotus mengesahkan model tersebut masih lagi dalam pertimbangan, namun Gales baru baru ini berkata pasaran untuk SUV sangat menarik dan model konsepnya kini sedang dibangunkan. Jika SUV ini tidak memasuki fasa pengeluaran dalam masa terdekat, sudah pasti ia akan mengecewakan peminat tegar jenama tersebut.

Apabila diajukan soalan mengenai model hibrid, Gales menerangkan sistem tersebut akan menambahkan berat, rumit dan memakan ruang – elemen yang bercanggah dengan falsafah teras jenama Lotus. Teknologi kenderaan elektrik (EV) mungkin sesuatu yang boleh dipertimbangkan, walaupun bukan dalam masa terdekat.

Jadi ia memungkinkan Lotus bakal membina EV terlebih dahulu sebelum memperkenalkan model hibrid, tetapi jangan la terlalu berharap. Lagipun Lotus baru sahaja nak merasa untung setelah rugi berpanjangan. Apa pun kita harap prestasi jualan dan kewangan Lotus semakin kukuh dan dapat mengeluarkan model model yang lebih menarik pada masa akan datang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • X ada ka perkembangan terbaru pasal enjin proton yang baru tur… Last update pasal start enjin… Kot2 la, la ni mati tengah jalan ka…


    • Tak payah tunggu. Beli je kereta KIA, ada model yang dah ada enjin GDi & TGDI dah. Tunggu Proton buat apa? Enjin macam tu, masuk dalam PrevePremium dah naik RM85K dah tu dari RM77K


  • Mengikut perancangan awal Lotus akan memasarkan suv compact berkuasa tinggi pada akhir 2018. Kemudian Proton akan rebadge sebagai proton suv pertama untuk pasaran Malaysia pada 2019. Manakala Elise dan exige replacement pada tahun 2020. diikuti elise dan exige EV 2021.

    Memandangkan model konsep dan prototype Lotus suv masih belum dibina lagi, kemungkinan ianya masih diperingkat awal lakaran dan design untuk model tersebut. Hibrid mungkin tidak dibina kerana bercanggah falsafah Lotus membina kereta yang ringan.

    Segala perubahan tertakluk kepada pentadbiran baru Proton/Lotus


    • alangkah bagus kalau lotus boleh berkongsi ilmu ‘ringan’ dengan Proton. kebanyakkan kereta Proton ‘berat’ dan beri impak pada FC.


      • Ilmu ringan Lotus sangatlah mahal.. lebih baik JV dengan Perodua untuk ilmu ringan.. Lotus menggunakan fiber carbon yang sangat berkualiti tinggi serta mahal untuk badan keretanya.. Cesi dari aluminum yang berkualiti sangat tinggi dan mahal.. Begitu juga dengan part yang terdapat pada enjinnya.. Sesetengah material menggunakan titanium yang sangat ringan dan keras dengan harga hampir sama dengan emas tulen..

        Perdana 2.4L 2016 yang menggunakan material sepertimana di atas boleh diringankan melebihi 200kg tetapi mungkin harganya lebih mahal dari Lotus Exige 350..

Leave a Reply