ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi mudah alih MyProton diperkenalkan

Views

Proton kini semakin peka dengan kehendak pengguna dan perkembangan pesat teknologi telah memperkenalkan MyProton, aplikasi mudah alih yang baharu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pelanggannya. Aplikasi ini yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store turut membolehkan bakal pelanggan mereka untuk membuat temu janji untuk sesi pandu uji kereta Proton.

Berikut adalah kemudahan yang disediakan melalui aplikasi MyProton:

  • Temu janji untuk memandu uji kereta Proton
  • Temu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta
  • Sambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan
  • Maklumat mengenai semua model Proton
  • Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa
  • Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan
  • Sambungan ke saluran media sosial PROTON – Facebook, Instagram dan Youtube; dan
  • Kalkulator pengiraan pinjaman”PROTON menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden.

“Kami memahami bahawa dalam persekitaran yang pesat dan maju, cara terbaik untuk mencapai dan memaklumkan pelanggan adalah melalui aplikasi mudah alih ini. Ini menjadikan perhubungan kepada pelanggan lebih cekap dan berkesan.” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

“Dengan aplikasi mudah alih MyProton, pelanggan kini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton.” tambah Dato’ Fuaad. Dalam fasa perkembangan seterusnya, MyProton menyediakan akses kemudahan bagi pelanggan untuk menyemak status tempahan kereta, rekod penyelenggaraan, peringatan untuk menyelenggara kereta mereka dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel di [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial untuk keterangan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1 Photo 3 Photo 4 Photo 5 Photo 6 Photo 7

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply