ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Maklumat mengenai peluang kerjaya di Perodua di dalam talian adalah tidak tepat dan mengelirukan

Views

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung maklumat tidak tepat mengenai peluang kerjaya di Perodua di dalam talian. Perodua mendapati ada pihak ketiga yang mengendalikan laman web dan akaun WhatsApp telah mengeluarkan maklumat yang mengelirukan mengenai peluang kerjaya di Perodua.

Laman web pihak ketiga dan akaun WhatsApp tersebut telah mengambil maklumat mengenai jawatan sedia ada di laman web rasmi Perodua dengan menambah maklumat mengenai gaji dan faedah yang ditawarkan. Perodua menyedari mengenai perkara ini di aplikasi WhatsApp sejak 24 Jun 2018 sehingga kini dan maklumat tersebut masih didapati di laman webnya.

JOM BACA >> TIPS : Kilatkan Lampu Depan Kereta Yang Kusam Dan Kekuningan Dengan Modal Tak Sampai RM15!

Perodua telah mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik laman web dan akaun WhatsApp tersebut dan meminta SKMM mengarahkan mereka untuk mengeluarkan maklumat tersebut. Pihak Perodua tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mengakibatkan kekeliruan ini (jika perlu).

Perodua tidak pernah melibatkan pihak ketiga dalam proses pengambilan pekerja dan syarikat dengan rasa rendah diri mengesyorkan mereka yang mencari maklumat pekerjaan atau maklumat lain mengenai Perodua untuk melayari laman web rasminya di www.perodua.com.my. Kami berharap anda dapat kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain!

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply