ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2016 kembali lagi!

Views

Setelah puas sampai buruk menunggu KLIMS edisi yang terbaharu, akhirnya kerinduan peminat peminat automotif seantero Malaysia bakal terubat dengan kehadiran Malaysia Autoshow 2016. Pameran ini bakal menghimpunkan pelbagai jenama kenderaan di bawah satu bumbung dan untuk edisi keduanya ia bertemakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia adalah inisiatif serta dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) dan ia bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC) pada 10 hingga 13 November nanti. Dijangka hampir 100,000 pengunjung bakal memeriahkan edisi kali ini.

12238200_867940356616695_983491070602530395_o-1024x683

Antara yang menarik pada Malaysia Autoshow 2016 adalah:

  • Pengenalan kereta penumpang elektrik Malaysia yang pertama, hasil usahasama antara Beijing Auto International Cooperation (BAIC) dan Amber Dual Sdn Bhd.
  • Pelancaran model baharu (butiran lebih lanjut akan dikemaskini kemudian).
  • Tawan ekslusif dan diskaun hanya di pameran tersebut untuk menarik pengunjung yang membuat perancangan untuk membeli sebuah kereta pilihan mereka.
  • Lebih dari 100 peserta pameran dari jenama kenderaan terkemuka, produk selepas jualan (aftermarket) dan aksesori akan mempamerkan produk terbaharu mereka.
  • Di gerai pameran MAI, pengunjung akan disajikan dengan promo Car Care Week dengan pemeriksaan percuma, gerai pameran informasi Safe Car dan juga gerai pameran untuk Kerjaya dan Vendor.
  • Peluang untuk memandu uji pelbagai jenama kenderaan di arena luar tapak pameran Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC).
  • Lebih dari 10 trak makanan yang menwarkan pelbagai juadah tempatan dan barat.
  • Gerai pameran Gaya Hidup berkaitan kesihatan dan produk kecantikan.
  • Pameran hartanah di aras mezanin.

Harga tiket adalah RM10.00 bagi dewasa. Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan uniform atau kad pelajar boleh masuk secara PERCUMA pada 10 dan  11 November. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.autoshow.com.my. Jom ramai ramai kita ke sana!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply