ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto unit produksi Proton Ertiga bocor!

Views

Inilah rupa MPV segmen B Ertiga, anak angkat Proton yang pertama hasil perkongsian dengan Suzuki yang akan dilancarkan pada awal November nanti. Walaupun foto yang dimuatnaik oleh Alsaddam Suhaimi ke laman Facebook group Proton Ertiga Community (MALAYSIA) beresolusi rendah kita masih dapat melihat bentuk MPV kompak ini secara kasar.

Buat permulaan, Proton hanya membuat sedikit perubahan kosmetik pada model ini dengan perubahan di bahagian bumpar dan rim aloi baharu. Hanya foto bahagian belakang dan sisi sahaja yang ada buat masa ini. Kita nantikan pula foto bahagian hadapan jika ada nanti, tunggu je lah ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

proton-ertiga-1 proton-ertiga-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments


    • Admin.. ini bukan anak angkat.. tapi ANAK LUAR NIKAH PROTON.. kah..kah..kah..
      xde kawen apa tetiba dapat ‘anak’..

      PROTON ‘mensundalkan’ diri pada ‘jantan’ JAPANG.. hehehe (just jokes)

      hopefully pegangan saham Proton tidak di majoritikan oleh company asing.!


      • Mmm… amboii:) haha. nie anak angkat jer. DRB ari tu dah buat statement. Dlm prootn majoriti share akan kekal DRB walaupun nanti akan ada company asing dlm pegangan share dlm proton:)

        Cheers!


  • cbu indo kan?kualiti oke ke?atau same level proton?

    teman berminat juga

    compare dgn alza,mmg alza lg power.tp kualiti alza tak sebaik myvi lama..myvi baru tak tau kualiti lagu mana sbb tak pakai


    • Bukan CBU, tapi CKD. Kilang Suzuki di Indonesia buat CKD pack, yang akan dieksport ke kilang Proton di mana CKD pack akan dipasang (assembled). Konsep CKD macam kereta Tamiya… part semua memang dah ‘pack in’, pembeli hanya perlu pasang saja.

      Dulu, Saga Orion 1985 pun CKD… kualiti memang baik masa tu. MMC eksport CKD pack dari Jepun ke Malaysia. Lepas beberapa tahun, Proton naikkan ‘local content’, dah tak perlu import CKD pack lagi. Kos (dan kualiti) turun.


        • Oh ya betul betul, jangan lupa, enjin dengan transmisi biasanya asing daripada CKD kit. UMW Toyota import enjin Camry dari Australia dan CKD pack dari Thailand. Ada jugak yang assemble enjin di Malaysia, macam Honda.

          Lepas tu ada beza SKD dengan CKD. Kalau SKD, body shell diimport terus, tak perlu assemble. Naza memang import model Peugeot 308 secara SKD.

          Local content pun jangan lupa, biasanya CKD pack boleh ‘standard-pack’ atau ‘custom-pack’…. biasanya kalau full-pack, hampir semua part dah ada… hanya perlu pasang saja. Tapi tayar, bateri, kaca dll. biasanya kena locally source dari local Malaysia vendor. Kalau ‘custom-pack’, syarikat boleh pilih yang mana nak import dan yang mana nak cari dari vendor local. Honda Malaysia ikut modus ini… banyak part & komponen mereka diperbuat di Malaysia. Oleh itu lah mereka bayar cukai eksais jauh lebih rendah berbanding UMW Toyota.

          Oh ya, cukai eksais dan EEV pun satu topik besar… tapi saya takkan terangkan di sini. Terlalu banyak nanti. Tapi kalau kamu nak saya terang terperinci pun boleh… tapi nanti tak faham atau keliru, jangan salahkan saya.

          Saya lebih suka terang simple-simple… orang lain pun boleh faham. Tak erti kalau nak terang macam professor, nanti dua, tiga orang saja yang faham nanti.


  • pertama skali, tahniah proton utk perdana, persona dan saga! Mmg win lah!
    Now cabaran seterusnya..mpv ni..kalau byk sgt restriction suzuki bagi kt proton, susah la nk buktikn kemampuan proton..


    • ini masalah mentality customer kt Malaysia.. pemalas nk jd keta,

      cerah tu kasi space illusion n family car mau ceria tone color.
      itu pasal jd tak menawan.. sikit2 nk hitam legam.. Jepun design lawa2 ko nk suh tukar kasi hitam.. mmg kurang cerdik ler!

Leave a Reply