Inilah versi produksi Mazda Takeri concept yang kini secara rasminya dinamakan sebagai Mazda6 sedan yang bakal membuat penampilan rasmi di Moscow Motorshow 2012 bermula dari 31hb Ogos sehingga 9 September nanti. Model ini menggunakan tema rekaan terbaru Mazda yang dinamakan “KODO – Soul of Motion”, selain penggunaan teknologi terkini SKYACTIV dari Mazda.
Panjang tapak roda model ini ialah 2,830mm (111.4 inci) yang lebih panjang 105mm (4.1 inci) berbanding dengan model sebelumnya. Dari luaran, ukuran model ini ialah 4,865mm (191.6 inci) panjang, 1,840mm (72.4 inci) lebar dan 1,450mm (57.1 inci) tinggi.
Ruang bagasinya mempunyai bukaan 32mm lebih lebar berbanding model sebelum ini untuk memudahkan pemiliknya untuk mengisi barangan dengan muatan penuhnya 483 liter. Struktur badannya menggunakan teknologi SKYACTIV-Body dengan menggunakan lebih banyak ultra-high tensile steel untuk mengurangkan berat, manakala pada masa yang sama meningkatkan ketegaran kilasan oleh kira-kira 30 peratus.
Untuk pasaran Rusia, Mazda6 2014 akan dilancarkan dengan pilihan awal dua enjin petrol empat silinder baru , SKYACTIVE-G 2.0 liter yang menjana 148hp (150PS) pada 6,000 rpm dan 210Nm (155 lb-kaki) pada 4,000 rpm dan SKYACTIVE-G 2.5 liter yang menjana 189hp (192PS) pada 5700 rpm dan 256Nm (189 lb-kaki) pada 3250 rpm. Kedua-duanya akan ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan. Mazda6 generasi baru ini bakal memberi saingan kepada Honda Accord, Ford Fusion / Mondeo apabila diperkenalkan ke pasaran global hunjung 2012.
sumber : carscoop.blogspot.com
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
x mampu beli