Pelik tetapi benar. Sebuah syarikat tandas dari Jepun, Toto Ltd. telah merekacipta sebuah motorsikal menggunakan bahan api daripada bahan buangan manusia atau sisa kumbahan. Projek pembangunan motorsikal itu, telah bermula sejak 2009 dikenali sebagai “Toilet Bike Neo,” membuat kemunculan sulung baru-baru ini di bilik pameran Fujisawa, Jepun.
Motorsikal beroda tiga ini, berkuasa 250cc dengan tandas khas dibina sebagai tempat duduk. Kenderaan itu menggunakan bahan api biogas (sisa ternakan atau air sisa kumbahan) dari bandar Shika-oi Town di Hokkaido dan Kobe. Tempat duduk berbentuk mangkuk tandas pada motorsikal hanyalah gimik iklan semata-mata.
* Siapa kata sisa buangan tu tak berguna, mesti bau asap dia busuk kaw-kaw, cuba bayangkan kentut boleh jadi bahan api alternatif. Hahaha… 🙂
Bro lame xupdate posting?? cuti raye ke lame
“* Siapa kata sisa buangan tu tak berguna, mesti bau asap dia busuk kaw-kaw, cuba bayangkan kentut boleh jadi bahan api alternatif. Hahaha…”
haha… komfom suey kalu driving atas jalan bila ikut belakang moto ni… mau kat sebulan baru hilang bau yg melekat kat kete.. hehehehe…
hah bro… ada apa2 update ke pasal preve hatch? makin sunyi dah berita pasal proton… selain pasal citer dany bahar saman lotus & drb…
Dlm apr yg saya tahu, kilang shah alam tengah sebok buat p322a. Tanjung Malim x terlibat. So, kene cari insider Shah Alam. Saya insider Tanjumg Malim Ada la.
Motor ni operate guna biogas fuel. Dalam website dia ada mention biogas adalah hasil daripada fertilized, purified and compressed livestock waste and household wastewater.
Sisa daripada IWK (yg datang daripada najis kita) tak berbau langsung.
p/s : Lori sampah kat Jepun tak macam lori sampah. Lagi bersih daripada kereta orang awam. Semuanya berkaitan mentaliti…
hahaha kelakar betul lah hihihi