ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi bayaran balik penuh bagi pembelian tayar MICHELIN menerusi promosi “Go Nuts With TYREPLUS!”

Views

Promosi hujung tahun yang dianjurkan oleh Michelin Malaysia memberi peluang kepada pemilik kereta berpeluang untuk mendapatkan balik bayaran bagi pembelian tayar MICHELIN daripada TYREPLUS menerusi promosi “Go Nuts With TYREPLUS!”. Kempen ini dianjurkan secara mingguan bermula dari 6 November hingga 31 Disember 2017.

Promosi hujung tahun ini juga menggalakkan pemandu Malaysia mencuba produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh profesional cukup terlatih di TYREPLUS – penyedia servis kereta yang menjanjikan kualiti perkhidmatan terbaik. Inisiatif ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan tetapi juga kedai-kedai TYREPLUS yang menjual set empat tayar Michelin kepada pelanggan yang dipilih sebagai pemenang. Kedua-duanya layak untuk mendapat bayaran balik penuh nilai pembelian dan jualan.

Untuk menyertai promosi ini, pelanggan perlu membeli empat tayar MICHELIN dari mana-mana kedai TYREPLUS antara 6 November dan 31 Disember 2017. Pelanggan seterusnya dikehendaki menghantar gambar resit menerusi aplikasi WhatsApp dan melengkapkan slogan “Saya suka TYREPLUS kerana ……….” dalam 20 perkataan.

Setiap minggu, MICHELIN akan menyemak semua penyertaan untuk menentukan pemenang mingguan. Sepanjang tempoh kempen ini, sejumlah lapan pelanggan dan lapan kedai TYREPLUS akan diumumkan sebagai pemenang di laman Facebook TYREPLUS. Kedai TYREPLUS yang menang akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook (Facebook Live) dari kedai TYREPLUS tempat pembelian pemenang.

TYREPLUS ialah jenama global konsep peruncitan Michelin yang mempunyai rangkaian runcit tayar bebas di merata pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian servis kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 50 cawangan dan angka ini semakin bertambah.

Ia menyediakan perkhidmatan tambahan daripada penggantian tayar, pembaikan tayar, pengimbangan roda, penjajaran roda dan servis kereta biasa dengan sokongan jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech. TYREPLUS baru-baru ini melancarkan visual dan identiti korporatnya yang baharu dan bakal membuka lima kedai TYREPLUS di kawasan Pantai Timur pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply