ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan hibrid dan elektrik menang bergaya di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017

Views

Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 (COTY) menyaksikan kenderaan hibrid petrol elektrik mencatatkan kemenangan dengan penuh bergaya menerusi Honda Jazz Hybrid yang mengungguli anugerah berprestij Kereta Tahunan Keseluruhan. Tan Chong Group pula diiktiraf dalam sumbangannya dalam mobiliti mampan, Hyundai Ioniq Hybrid 1.6 memenangi anugerah Kereta Hibrid Tahunan dan Volvo XC90 Twin Engine pula mengungguli kategori Kereta Plug-in Hybrid Tahunan.

Tahun ini juga merupakan julung kalinya COTY memberi pengiktirafan untuk kategori kenderaan hibrid yang semakin mendapat permintaan dari pembeli kereta di Malaysia. Ini sekaligus menandakan komitmen daripada industri automotif untuk membekalkan lebih pilihan untuk mobiliti cekap tenaga kepada pengguna.

Lebih 300 model yang dijual oleh pemilik jenama dan pemegang francais di Malaysia telah dinilai dalam 27 kategori, termasuklah kategori baharu untuk kenderaan bateri elektrik hibrid dan kenderaan plug-in hibrid. Kategori baharu ini telah ditambah selepas 19 model hibrid telah dihantar untuk penilaian pihak juri.

Untuk tahun ini, jenama kereta seperti BMW, Honda, Hyundai, Jaguar, Kia, Mercedes-Benz, Mazda, Perodua, Porsche, Proton, Subaru dan Toyota telah berjaya memenangi anugerah dalam kategori berbeza. Honda dan Mercedes-Benz muncul pemenang terbesar pada edisi kali ini dengan masaing-masing membolot lima anugerah.

COTY turut mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada kemajuan industri automotif di Malaysia. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin muncul sebagai Tokoh Automotif Tahun 2017 kerana wawasan kepimpinannya. Di bawah terajunya, Perodua berjaya menjadi jenama automotif pilihan rakyat Malaysia dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam Jumlah Jumlah Industri (TIV).

Malaysia COTY 2017 turut diadakan sempena Malaysia Autoshow 2017 dan kesemua kenderaan yang memenangi anugerah dan pelbagai model lagi akan dipamerkan di Taman Pameran Agro Malaysia (MAEPS) mulai 9 – 12 November 2017. Pameran automotif ini turut menampilkan pelbagai aktiviti dalaman dengan tiga dewan ruang pameran yang sangat luas.

Di luar ruang pameran pula, pengunjung boleh memandu uji pelbagai model terkini atau menaiki teksi Toyota 4×4 yang akan melalui laluan berhalangan. Pengunjung juga dijemput untuk menyertai Karting Slalom yang pertaman di Malaysia yang telah menerima 500 pendaftaran dan penyokong pada hari Sabtu dan Ahad (11-12 November 2017).

MAI juga telah mengatur kod promo khas: Autoshow dengan GRAB yang akan menawarkan dua perjalanan pada RM8.00 (setiap pengguna). Apabila tiba dengan menaiki GRAB di titik drop-off di Ground Level Hall D2, promotor Malaysia Autoshow akan memberi dua penumpang GRAB tiket masuk percuma bernilai RM10 setiap satu.

Semua pengunjung yang membeli tiket masuk bernilai RM10 boleh memasukkan nombor rahsia mereka di aplikasi Malaysia Autoshow (boleh dimuat turun untuk pengguna peranti iOS dan Android), jawab beberapa soalan dan berpeluang memenangi sebuah Peugeot 208! Acara pembukaan bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 9 November 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai COTY 2017 dan Malaysia Autoshow 2017, layari laman sesawang rasmi www.autoshow.com.my.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 (COTY):

Tokoh Automotif Tahun 2017Dato’ Dr Zahari Husin
Managing Director of Perodua Sales Sdn Bhd
Kereta Tahunan Keseluruhan 2017Honda Jazz Hybrid
Anugerah Rekabentuk Terbaik 2017Volvo XC90 T8 Twin Engine
Plug-in Hybrid TahunanVolvo XC90 T8 Twin Engine
Kereta Hibrid TahunanHyundai Ioniq Hybrid 1.6
Kereta Eksport Terbaik Tahunan Mazda CX-5
Juara Mobiliti MampanTan Chong Group
NVH TerbaikProton Iriz
Sedan dan Hatchback
KategoriBelow RM50,000Perodua Bezza 1.0
KategoriRM50,001 – RM60,000Perodua MyVi 1.5
KategoriRM60,001 – RM100,000Honda Jazz Hybrid
KategoriRM100,001- RM130,000Hyundai Ioniq Hybrid 1.6
KategoriRM130,001 – RM160,000Honda Civic 1.5 TC-P
KategoriRM160,001 – RM200,000Toyota Camry Hybrid 2.5
KategoriRM200,001 – RM250,000BMW 330e
KategoriRM250,001 – RM300,000Mercedes Benz C350e
KategoriRM300,001 – RM400,000Mercedes Benz E250
KategoriRM400,001 – RM500,000Mercedes Benz E300
KategoriAtas RM500,000Mercedes Benz S400h
SUV dan Crossover
KategoriBawah RM130,000Honda HR-V 1.8 2WD
Kategori  RM130-001 – RM160,000Honda CR-V 1.5 TC 2WD
KategoriRM160,001 – RM200,000Kia Sorento 2.2D CRDI
KategoriRM200,001 – RM300,000BMW X1 sDrive20i
KategoriRM300,001 – RM400,000Mercedes Benz GLC 250 4MATIC AMG Line
KategoriRM400,001 – RM500,000Volvo XC90 T8 Twin Engine
KategoriRM500,001 – RM700,000Jaguar F-Pace Prestige

 

MPV
KategoriBawah RM100,000Honda BR-V 1.5
KategoriRM100,001 – RM160,000Toyota Innova 2.0
KategoriAtas 160,000Kia Grand Carnival 2.2D
Trak Pikap
KategoriBawah RM120,000Toyota Hilux Double Cab 2.4G (4×4)
KategoriAtas RM120,000Toyota Hilux Double Cab 2.8G (4×4)

Coupe dan Cabriolet

Kategori:Bawah RM350,000Subaru BRZ 2.0 RWD
Kategori:RM350,000 – RM550,000BMW M2 Coupe
Kategori:Atas RM550,000Porsche 911 Carrera 4S

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply