ARKIB

KATEGORI

Buletin

MG E-Motion pamer anjakan rekabentuk model masa hadapan

Views

Setelah puas mengusik dan tertiris, akhirnya SAIC Motor menayangkan model konsep terbaharu mereka MG E-Motion yang akan membuat penampilan sulung di Shanghai Auto Show 2017. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat terperinci mengenai penjana kuasa model ini, namun dikhabarkan ia bakal dijana oleh enjin elektrik sepenuhnya yang sememangnya cukup untuknya memecut dari 0 hingga ke 100 km/h (62 mph) hanya dalam masa empat saat.

Sebenarnya MG E-Motion ini lebih kepada anjakan rekabentuk untuk model MG pada masa hadapan, kerana rekaan luaran dan dalamannya memperlihatkan halatuju syarikat tersebut mengenai falsafah rekabentuknya. Menurut Ketua Perekabentuk di SAIC Motor, Shao JingFeng, rekabentuk E-Motion lebih mesra dari rupa model sedia ada dari jenama tersebut.

Rekabentuk hadapannya sangat memikat pandangan dengan rekaan jeriji serba baharu yang digabungkan dengan bingkai kemasan perak kusam dan lampu hadapan yang disepadukan dengan lampu nyalaan siang LED. Lampu hadapan tersebut mengambil inspirasi dari pantulan bayang roda Ferris gergasi London Eye di pinggir Sungai Thames. Dari belakang, rekaan E-Motion nampak lebih retro dengan penggayaan futuristik dan mungkin model MGB GT pada awal tahun 70an menjadi sumber inspirasinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

MG-E-Motion-1 MG-E-Motion-2 MG-E-Motion-3 MG-E-Motion-5 MG-E-Motion-7 MG-E-Motion-8 MG-E-Motion-11 MG-E-Motion-13 MG-E-Motion-14 MG-E-Motion-15 MG-E-Motion-16

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply