ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki Ford Ranger XLT tanpa kos penyelenggaraan selama lima tahun atau 100,000km

Views

Untuk masa terhad, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, menawarkan Ford Ranger XLT dengan sifar kos penyelenggaraan untuk lima tahun atau 100,000km*, berserta rebat wang tunai dengan setiap pembeliannya. Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, sepanjang 100 tahun Ford menghasilkan trak-trak ikonik ini merupakan kali pertama mereka menawarkan tawaran istimewa untuk Ford Ranger XLT buat pengguna di Malaysia.

Ranger XLT dilengkapi dengan teknologi-teknologi pintar seperti Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) bersama Kawalan Cengkaman (Traction Control), yang mengawal kekurangan pengemudian (understeering) dan kelebihan pengemudian (oversteering) dengan membetulkan garis panduan menerusi gabungan penggunaan brek pada roda yang sesuai dan mengurangkan tork enjin. Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control), yang mengambil kira keadaan muatan kenderaan, memastikan Kawalan Stabiliti Elektronik digunakan dengan sewajarnya.

Selain ciri-ciri tersebut, sistem Pengurangan Olengan (Rollover Mitigation system) mampu mengenalpasti situasi-situasi pemanduan yang merbahaya, lantas mengaktifkan Kawalan Stabiliti Elektronik untuk mengembalikan stabiliti kenderaan. Model Ranger XLT turut dilengkapi Pengemudian Berkuasa Elektronik (Electronic Power-Assisted Steering). Ia mempunyai keupayaan menunda sebanyak 3,500kg dan pelbagai lagi ciri-ciri pintar dan keselamatan 5-bintang.

Ford Ranger XLT  ditawarkan dengan pilihan enjin diesel Duratorq empat-silinder TDCi 2.2-liter dengan kuasa sebanyak 160Ps dan tork sebanyak 385Nm, atau enjin diesel Duratorq lima-silinder TDCi 3.2-liter, dengan penjanaan kuasa sebanyak 200Ps dan tork sebanyak 470Nm. Model Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima warna: Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica.

Varian Ranger 3.2-liter XLT pula boleh didapati dalam empat warna – Aluminium Metallic, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica. Kunjungi bilik pameran Ford berhampiran anda untuk menikmati tawaran ini dari sekarang sehingga 31 Disember. Untuk maklumat lanjut mengenai Ranger, lawati mana-mana pengedar Ford atau https://www.sdacford.com.my/ .

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply