ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Beli minyak motosikal Shell Advance dan berpeluang bertemu Jorge Lorenzo

Views

Sempena acara MotoGP™ Shell Malaysia 2017, pembeli dalam talian dan peminat tegar MotoGP™ akan berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembelian produk-produk Shell Advance menerusi Lazada Malaysia. Dari 3-20 Oktober, beli satu pek Shell Advance dan dua tin Minuman Tenaga Monster melalui Lazada Malaysia, anda berpeluang untuk mendapatkan Hadiah Utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo pada 25 Oktober 2017.

Hanya 100 pemenang bertuah akan mendapat peluang istimewa ini. Hadiah Pertama adalah satu (1) tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah, manakala 20 pemenang akan membawa pulang Hadiah Kedua iaitu satu (1) beg galas edisi khas Monster Recon setiap seorang. Juga dari 3-20 Oktober, beli mana-mana satu pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dan dapatkan satu (1) tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), siapa cepat dia dapat!

Dari 25-29 Oktober, beli satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 untuk mendapatkan peluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangani oleh Jorge Lorenzo. Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, menyatakan bahawa kerjasama yang berterusan antara syarikat tersebut dan Lazada Malaysia ekoran kejayaan pelancaran minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix pada Ogos lalu membuktikan bahawa ia gigih berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Baljit juga melahirkan rasa gembiranya kerana produk-produk Shell Advance dan Shell Helix, menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, buat pertama kalinya akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini. Acara tahunan ini adalah pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang luar biasa. Layari https://goo.gl/6X6o5b untuk maklumat lanjut.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply