ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki Proton dengan ansuran serendah RM367 sempena Promosi Balik Kampung Raya

Views

Berita baik! Proton mengumumkan promosi Hari Raya dan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk pemilik kereta Proton di semua pusat servis seluruh negara sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Pelanggan juga boleh berjimat sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih, dengan ansuran bulanan serendah RM367 untuk sebuah Proton Saga.

“Ini merupakan tahun ketiga terturut-turut kami mengadakan pemeriksaan keselamatan percuma kerana Proton sentiasa mengutamakan keselamatan terutamanya semasa musim-musim perayaan dan percutian. Pemeriksaan tersebut merangkumi sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Selain itu, kami juga menawarkan pelbagai diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti penyerap hentak, brek, klac dan tali sawat pemasaan.” kata Rohime Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,

Proton turut menawarkan diskaun khas untuk kos pekerja kepada pelanggan yang menghantar kereta mereka ke pusat servis Proton. Kempen ini bermula dari 1 Jun sehingga 31 Julai 2016 di semua cawangan Proton di seluruh negara. Untuk warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan, Proton akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum menjelang Hari Raya dan lokasinya akan diumumkan kemudian.

Perkhidmatan Ambil dan Hantar juga disediakan kepada mereka yang tidak berpeluang menghantar kereta mereka sebelum cuti perayaan terutama di kawasan Lembah Klang seperti Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Inisiatif ini dibuat untuk menggalakkan pelanggan dalam kawasan 5km daripada pusat servis untuk kereta mereka diambil dan diservis pusat servis berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang telah membuat temujanji dahulu.

proton raya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Govco akan menukarkan nilai 1.25 bilion Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) ke dalam Proton dengan mengistiharkan dividen belum berbayar untuk RCCPS (keseluruhan bernilai RM574 juta) kepada saham baharu 2.1 juta Proton pada akhir tempoh 15 tahun. Di mana saham milik DRB-Hicom di dalam PHB akan dicairkan dari 100% menjadi 20.72%, manakala Govco akan memegang kepentingan dalam Proton sebanyak 79.28%…

    Di mana Govco adalah 99.99% dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan)…

    Dalam hal lain, sepatutnya perubahan haluan Proton mampu berjaya, di mana ia mempunyai pilihan menukar sebahagian atau seluruh mana-mana PHB RCCPS yang cemerlang ke dalam saham-saham PHB pada bila-bila masa selepah tempoh lima tahun. Harga pertukaran yang disenaraikan dalam sebut harga ialah 87 sen setiap saham PHB daripada nisbah penukaran satu kepada 1.152 saham baharu PHB…

Leave a Reply