ARKIB

KATEGORI

Buletin

Changfeng Leopaard CS10 dikesan sekitar Putrajaya

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto sebuah SUV misteri sedang melakukan ujian di sekitar Putrajaya. Setelah melakukan penyiasatan SUV misteri tersebut adalah model Changfeng Leopaard CS10. Ia telah berjaya dikesan oleh Ameer Zahin Minhaj yang kebetulan berada di sana.

Semakin rancak peperangan SUV di Malaysia setelah baru baru ini Haval melancarkan H2 dan Naza KIA memperkenalkan Sorento dan Sportage serba baharu. Menarik juga rekabentuk Changfeng Leopaard CS10 ni, sekali imbas bahagian belakang seakan SUV dari Porsche kan? Kalau kena dengan harga boleh laris juga SUV ni.

KLIK UNTUK BESARKAN

suv misteri - putrajaya 1 suv misteri - putrajaya 2 suv misteri - putrajaya 3 Img3711823_1200 changfeng_leopard_cs10_1 changfeng_leopard_cs10_2 changfeng_leopard_cs10_3

KEMAS KINI :

Unit ujian Changfeng Leopaard CS10 sekali lagi dikesan oleh Darmizi Dahari sekitar Oasis Ara Damansara. Menurutnya unit tersebut adalah pemanduan sebelah kiri dan mungkin akan diubah ke sebelah kanan apabila memasuki pasaran nanti dan berkemungkinan Hong Seng Motor Sdn. Bhd. bakal menjadi pengedar rasmi jenama Changfeng di Malaysia. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

changfeng leopard cs10 - Oasis Ara Damansara 1 changfeng leopard cs10 - Oasis Ara Damansara 2 changfeng leopard cs10 - Oasis Ara Damansara 3 changfeng leopard cs10 - Oasis Ara Damansara 4

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply