ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Malaysia lancar MINI Countryman Plug-In Hybrid

Views

MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu iaitu variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada MINI. Ketua MINI Malaysia, En. Kidd Yam berkata, sejak generasi kedua MINI Countryman diperkenalkan April tahun lalu, ia menjadi tunjang kepada prestasi pecah rekod jualan tahun lalu sebanyak 1,011 unit. Pencapaian ini melakar pertumbuhan sebanyak 12 peratus dari tahun 2016 dengan jumlah penjualan sebanyak 902 unit kenderaan.

MINI Countryman terbaharu turut berjaya mendapat penarafan tertinggi 5 bintang melalui ujian Euro NCAP. Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi pula berkata, model ini merupakan yang pertama bagi jenama MINI dalam portfolio Mobiliti Masa Hadapan dan syarikat merupakan perintis dalam mobiliti elektro dengan pengalaman lebih sedekad dalam penyelidikan melalui MINI E.

Ciri-ciri istimewa MINI Countryman Plug-In Hybrid:

  1. Kenderaan ini amat senyap, dan ia menonjolkan rekaan spesifik pada kekatup sisi yang dilekapkan lambang “e” dan lambang “S” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang selain daripada kekisi radiator dan kemasan bendul pintu khas.
  2. Dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain daripada port pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.
  3. Rekaan dalaman MINI Countryman terbaharu ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI dengan ketilitian sulaman bersilang bewarna aluminium.
  4. Paparan skrin sesentuh 6.5 inci beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.
  5. Butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.
  6. Dalam mod AUTO eDrive, pemandu boleh memandu sehingga 80km/j – bebas daripada emisi tanpa menggunakan minyak jika tahap pengecasan bateri berada di antara 100% dan 7%. Pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin petrol akan beroperasi secara automatik, manakala untuk output maksimum, enjin petrol akan disokong oleh motor elektrik sebagai eBoost.
  7. Dalam mod MAX eDrive, pemandu boleh menikmati pemanduan berteraskan elektrik sepenuhnya sehingga kelajuan 120km/j. Pemanduan jarak dekat boleh dipacu dengan kuasa elektrik penuh dalam lingkungan jarak 40km.
  8. Mod SAVE BATTERY pula beroperasi ketika status pengecasan bateri berada pada tahap rendah. Mod ini membolehkan bateri dicas semula oleh enjin petrol atau untuk mengekalkan status pengecasan pada tahap 90 peratus. Dalam mod ini, enjin petrol akan beroperasi sepenuhnya.
  9. Sistem eALL4 MINI dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik (Dynamic Stability Control) yang membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar (axles) kenderaan ini yang terletak di hadapan dan belakang. Enjin petrol menggerakkan gandar tayar hadapan sementara yang belakang digerakkan oleh motor elektrik. Sistem ALL4 ini membantu dalam situasi pembelokan luar kawalan dan memastikan tahap penujahan yang optimum.
  10. MINI Countryman Plug-In Hybrid didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan automatik yang berupaya untuk menjana 224hp dan tork mencecah 385Nm.
  11. Model ini berupaya untuk memecut sepantas 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198km/j.
  12. Pengunaan petrolnya sangat rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.
  13. Pengecasan semula boleh dilakukan di rumah dengan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable yang mengambil masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut. Ia juga boleh dicas di mana-mana daripada 270 fasiliti stesen mengecas awam di seluruh Malaysia untuk kira-kira 3:15 jam (230V), juga bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa yang terletak di stesen tersebut.

MINI Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan MINI Public Charging Cables selama 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV. MINI Countryman Plug-In Hybrid didatangkan dengan pilihan warna badan dan bumbung yang ditawarkan untuk model ini adalah merah (Chili Red), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White), warna perak (Melting Silver) dengan bumbung hitam dan warna biru (Island Blue) yang dipadankan dengan bumbung putih.

MINI Malaysia menawarkan program Bantuan Tepi Jalan MINI selama 5 tahun untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid yang merangkumi senarai servis seperti bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik.

MINI Countryman turut ditawarkan dengan jaminan bateri yang sah selama 6 tahun atau untuk jarak perbatuan sehingga 100,000km. Program Bantuan Tepi Jalan MINI ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808. Selain itu, temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan melayari laman sesawang www.service.mini.my.

MINI Countryman Plug-In Hybrid yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki dengan Program MINI Full Circle. Dengan margin pembiayaan sebanyak 80 peratus, pembiayaan untuk pemilikan jentera MINI Countryman terbaharu ini bermula dari RM 3, 088.00 setiap bulan.Ia boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018 serta di Roadshow Volts & Vibes yang akan berlangsung pada 13 April hingga 24 Jun.

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tidak termasuk insuran) bagi MINI C ountryman terbaharu dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 4 tahun yang disertakan servis berjadual percuma ialah:

Countryman Plug-In Hybrid MINI: RM 255,888.00

Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari https://www.mini.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply