ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Cooper S Countryman Sports pemasangan tempatan dilancarkan

Views

Malaysia mencatat sejarah sebagai pasaran pertama di dunia selain negara Belanda yang memasang sendiri jentera MINI Cooper S Countryman Sports terbaharu yang telah dilancarkan semalam serentak dengan model MINI Countryman Plug-In Hybrid. Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, generasi pertama MINI Countryman mula bertapak di Malaysia pada tahun 2013 dan kini, generasi yang terbaharu mengekalkan tradisinya di Malaysia serta Asia Tenggara dan pada masa yang sama juga meningkatkan standard teknologi dan perkongsian maklumat bagi industri automotif Malaysia.

Ketua MINI Malaysia, En. Kidd Yam berkata, MINI Countryman telah berjaya dijual lebih daripada 200 unit sejak ia mula diperkenalkan pada tahun lalu. MINI Cooper S Countryman Sports terbaharu ini akan terus melakar kejayaan yang sama kerana kenderaan sports activity premium kini lebih menonjol dengan kuasa tambahan, ciri-ciri eksklusif dan pemanduan kenderaan MINI yang lebih mengujakan.

Ciri-ciri istimewa MINI Cooper S Countryman Sports:

  1. Didatangkan dengan pakej eksklusif John Cooper Works yang terdiri daripada hiasan pelekat dengan jalur lazim MINI pada but dan kekisi heksagon, kit aerodinamik (apron hadapan, saluran udara untuk menyejukkan brek dan bampar belakang) serta kemasan bendul pintu.
  2. Dilengkapi dengan suspensi sport yang tala untuk pemanduan yang lebih dinamik.
  3. Rim aloi MINI John Cooper Works Course Spoke bersaiz 19 inci yang disertakan dengan Run Flat Tyres.
  4. Park Distance Control (PDC) di bahagian hadapan dan belakang – menjadikan pemarkiran di kawasan yang sempit lebih mudah termasuk ciri Park Assist yang membantu pemandu ketika membuat pergerakan selari.
  5. Rekaan dalamannya dilengkapi dengan Anthracite Headliner yang memberikan suasana dalaman yang ambien lagi harmoni.
  6. Kemasan tempat duduk yang diperbuat daripada bahan Leather Cross Punch yang berwarna hitam (Carbon Black) dan roda stereng JCW MINI.
  7. Buat pertama kalinya MINI Cooper S Countryman terbaharu ini dilengkapi dengan paparan sesentuh bersaiz 8.8 inci berserta sistem navigasi yang turut dilengkapi dengan fungsi pembahagian skrin.
  8. Paparan Head-Up MINI pula akan memastikan pemandu lebih fokus kepada pemanduan dan pada masa yang sama boleh mengakses informasi pemanduan yang diperlukan.
  9. Sistem pembesar suara hi-fi Harman Kardon dengan output 360 watt dan terdiri daripada 12 pembesar suara.
  10. Dijana oleh enjin turbo TwinPower MINI 2-liter 4-silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik sport dengan 8-kelajuan serta pedal anjakan yang mampu menjana 192hp dan tork mencecah 280Nm.
  11. Model ini juga mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan sepantas 224km/j.
  12. Kadar penggunaan petrol yang rendah iaitu dalam purata 6.5 liter bagi setiap 100km.
  13. Pilihan warna badan dan bumbung bagi model ini didatangkan dengan warna hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White) dan merah (Chili Red). Bumbung bewarna hitam boleh dipadankan dengan unit badan berwarna merah, hijau, kelabu dan putih; sementara bumbung putih pula boleh didapati dengan padanan warna merah dan hijau.
  14. Menerima penarafan 5-bintang di dalam ujian Euro NCAP.

MINI Malaysia menawarkan program Bantuan Tepi Jalan MINI selama 5 tahun untuk MINI Cooper S Countryman Sports yang merangkumi senarai servis seperti bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808. Selain itu, temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan melayari laman sesawang www.service.mini.my. MINI Countryman boleh dimiliki dengan Program MINI Full Circle menerusi margin pembiayaan sebanyak 80 peratus bermula dari RM 2,998.00 sebulan.

MINI Countryman terbaharu ini boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018 serta di Roadshow Volts & Vibes yang akan berlangsung pada 13 April hingga 24 Jun. Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tidak termasuk insuran) bagi MINI Countryman Terbaharu dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 4 Tahun yang disertakan Servis Berjadual Percuma ialah:

MINI Cooper S Countryman Sports: RM 245,888.00

 Untuk maklumat lanjut mengenai model MINI Cooper S Countryman Sports layari https://www.mini.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply